Sabtu, 15 Oktober 2016

Walk For Fun 2016 : Moonlight Walk

Jabatan Canselori kini kembali lagi dengan Program Walk for Fun Siri II dengan temanya Moonlight Walk. ♡♡♡ Lebih meriah! Acara ini terbuka kepada warga UMS dan orang awam. 

14 Oktober 2016, alhamdulillah program ini berjalan lancar. Kalau sebelum ni semua bawa benda glow in the dark, kali ni peserta bawa belon pula. Dan yang lagi best, masa acara pelepasan tu... pufff!! Semua lampu jalan seluruh UMS off secara tiba-tiba. Dan peserta pun mulalah berjalan dibawah sinaran bulan. Trail kali ni panjang sedikit dari sebelumnya.

Fokus utama program ini just untuk release tension sambil menikmati keindahan kampus UMS di waktu malam. Selain untuk menarik pelancong berkunjung ke UMS, dengan terpadamnya lampu selama satu jam... dah berapa banyak elektrik dapat dijimatkan? ^^♡ InShaaAllah tahun depan kami akan buat yang lebih havoc. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan acara Walk for Fun : Moonlight Walk pada kali ini. Kepada Rumah Amal Kasih, terima kasih kerana sudi hadir bersama anak-anak istimewa. Kami juga memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kekurangan di sepanjang program ini berlangsung. :-)

Dengan kakitangan kami yang terhad, akhirnya berjaya juga buat program seperti ini. Sebarang cadangan tema juga amat dialu-alukan. 


Crowd sedang bereht selepas acara dan menunggu sesi cabutan bertuah

Twin. HaHaHa

Keadaan semasa acara berjalan dah bermula. 

Urus Setia tak boleh ikut berjalan sebab kena buat banyak kerja lagi.

Persiapan bermula sebelum acara

Dalam Instagram UMS Official

Kami pam sendiri belon ni tau! 

Yeaaaaa!

-
-
-
-
-

Sempat lagi buat photoshoot kat dalam office. Hahaha

Original view

The balloons

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!