Khamis, 20 Oktober 2016

Tips untuk Cepat Tidur Malam

Mengalami kesukaran untuk melelapkan mata? Meh saya share beberapa tips untuk anda:

  • Tenangkan fikiran. Kadang-kala penyebab kita tak bokeh tidur sebab banyak sangat fikir. Cuba untuk lupakan segala masalah, tutup mata dan fikir sesuatu yang menenangkan.
  • Tak tidur siang. Sebab bila dah tidur siang, 'battery' pun dah cas balik. Lepas tu malam sure lambat tidur punya.
  • Buat senaman di waktu petang. Bila dah penat, malam nanti mesti rasa ngantuk dan rasa nak tidur. Maklumlah tenaga banyak digunakan disebelah petang.
  • Minum segelas air suam sebelum tidur. Air suam boleh membantu melegakan tubuh.
  • Mandi air panas. Sama juga fungsinya iaitu membantu melegakan tubuh.
  • Penggunaan lampu malap. Lampu yang kurang terang dapat merehatkan mata dan memberikan 'feeling sleepy'. Tutup mata dan cuba untuk rehat.
  • Pengudaraan. Kalau udara sejuk atau angin sepoi-sepoi bahasa, mesti lepas tu rasa ngantuk. Bayangkan jika kita berada di tepi pantai?
  • Sound Therapy. Bunyi-bunyian seperti ombak, cengkerik dan air mengalir mampu membuatkan kita terlena. Cari sahaja dalam Youtube dan pasangkan di ruang tidur anda. Lihat keistimewaannya.
  • Baca buku. Baca buku atau novel yang sesuai sebelum tidur agar dapat merehatkan minda kita.
  • Jauhkan telefon pintar anda. Haaa.... ni susah sikit nak tolak. Tapi penggunaan telefon pintar mesti boleh menjadikan kita lambat tidur. Nak main game la, buka FB la, Instagram la etc. Bukan itu sahaja, mata juga tak dapat nak rehat akibat cahaya daripada telefon.

Harap tips ini membantu :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!