Selasa, 4 Oktober 2016

Review : Sunduan Lodge - The Best Homestay in Kundasang

Ada pelbagai hotel, resort atau homestay yang boleh menjadi pilihan tempat menginap di Kundasang. Tapi antara semua penginapan ini, dimanakah yang menyediakan fasiliti terbaik, boleh tengok pemandangan yang indah serta menempatkan harga yang affordable?

Ada satu homestay yang menjadi pilihan saya iaitu Sunduan Lodge. Apakah yang istimewa dengan Sunduan Lodge?
  • Satu rumah mempunyai 5 bilik. Harga semalam beserta pelbagai amenities hanya RM500. Nak sewa by bilik pun boleh kot.
  • Sesuai untuk keluarga yang besar. 10 orang pun boleh muat.
  • Fasiliti yang terbaik. Setiap bilik mempunyai tandas sendiri. Ada tempat BBQ, unggun api, perkhidmatan karaoke, Astro, Wi-Fi, parking space dana peralatan basic seperti dapur, pinggan mangkuk, dan periuk nasi.
  • Warmest greeting dan layanan mesra owner homestay. :-)
  • Pemandangan yang indah. Udara yang segar.
  • Ruang tamu yang cantik (dihiasi lukisan unik).
  • Tempat yang bersih dan tenang.
  • Terletak tak jauh dari Desa Cattle dan pekan. (Tengah).

Salah sebuah bilik tidur di Sunduan Lodge. Katil yang selesa, pemandangan luar tingkap yang cantik dan udara yang sejuk ( tak perlu kipas). 4 bilik katil Queen, 1 bilik katil twin single.

Ruang tamu yang luas, sesuai untuk keluarga yang ramai. Ada banyak channel Astro boleh menjadi pilihan. Terlupa bawa baju sejuk? Sunduan Lodge ada menyediakannya.

Lukisan yang cantik. Dilukis oleh ahli keluarga owner.

Lagi lukisan yang terdapat di Sunduan Lodge.

Ruang BBQ dan unggun api. Best lepak waktu malam menikmati udara yang nyaman, bunyi serangga dan melihat bintang di langit. Tapi jangan lupa bawa arang atau kayu api sendiri ya!

Basic facilities disediakan. Gelas, air panas dan lain-lain. Serbuk kopi semua tu kena bawa sendiri la.

Ruang makan yang luas. Ada juga sinki berdekatan disediakan.

Lepak sambil makan marshmellow! Best!

Pemandangan di waktu pagi. Nampak Gunung Kinabalu. ♡

Lampu yang meriah dipasang ketika waktu malam.

Pemandangan malam dari luar tingkap. Inilah Kundasang yang indah.

Sunduan Lodge dari kawasan parking.

Pemandangan waktu siang.

Kepada yang nak stay di Sunduan Lodge, boleh menghubungi page Sunduan Lodge melalui Facebook. InShaaAllah akan direply cepat. 

P/S - Jika berhasrat untuk bercuti ke Kundasang pada musim cuti umum atau cuti sekolah, lebih baik book tempat penginapan seawal yang boleh kerana selalunya homestay di Kundasang akan FULL HOUSE. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!