Selasa, 18 Oktober 2016

Review : Innisfree Mask

Masa di Kuala Lumpur hari tu sempat singgah ke Innisfree sebab nak tengok apa barang yang best dijual. Oo ya....Innisfree ni menjual pelbagai barangan penjagaan peribadi seperti mask, shower bath, lotion and even cosmetics! Konsepnya sama sahaja seperti The Body Shop, Nature Republic, Skin Food atau L'occitane. 

Barangan Innisfree semuanya Made in Korea. Di samping melihat pelbagai barangan menarik, ternampak pula mask muka yang colorful dijual di sana. Ada perisa tomato, cucumber, acai berry dan lain-lain. Oleh kerana harganya yang murah, hanya RM4 sekeping... jadi saya pun belilah tiga keping.  

Balik hotel tak tersempat nak pakai mask muka. Ngantuk punya pasal, mata tak tertahan. Sampailah bawa ke balik ke Sabah... barulah ada masa nak pakai. By the way, saya mulakan dengan manuka honey - untuk menjadikan kulit lembap. Feeling pakai tu cam best saja sebab ada bau manuka honey. Kepingan mask yang nipis dan tak 'leaking' memudahkan untuk saya memakainya.

So far mask ni memang bagus dan berkualiti. I will try another two. Tak sabar nak bau tea tree dan rose.. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!