Ahad, 23 Oktober 2016

Ruang Tamu : Sebelum & Selepas

Untuk mengembalikan mood di rumah, salah satu cara adalah dengan menampilkan keadaan yang berbeza. Tak perlu nak ubah semua, sedikit perbezaan pun dah memadai. Ruang tamu rumah saya tak besar sangat. Cukup untuk family yang kecil. :-) 

Sebelum tu nak cerita sikit asal usul ruang tamu ni. Tema sebelumnya adalah warna tanah + purple. Kenapa saya memilih warna tanah? Masa baru-baru pindah ke rumah ni, first haiwan peliharaan saya adalah arnab. Dan arnab tu berwarna coklat putih. Nama dia Shing Shing ♡ Saya dan Hafiz sayang sangat kat Shing Shing. Tapi jodoh tak panjang, Shing Shing hanya tinggal kenangan. Sob.. sob.. T.T
Selepas dua tahun berkeadaan yang sama, saya masukkan warna hitam ke atas tema sebelumnya. Kenapa hitam? Sebab kucing saya Si Hitam berwarna hitam. :-) ♡♡♡ 

Material yang saya gunakan untuk menghias ruang tamu ni semuanya tak mahal. Harga berpatutan dan mudah didapati di mana-mana kedai. Jom kita tengok keadaan SEBELUM & SELEPAS:

SEBELUM
-
-
-
-
-
-
SELEPAS
Setelah mengharmonikan warna hitam + purple + earth color.


Saya tambahkan dengan LED lights yang boleh dibeli dengan harga murah. Memandangkan di waktu malam saya tak suka pasang lampu terang, jadi bagi saya lampu LED ni dah memadai. :-)

Kepada yang suka menghias rumah dan mencari barang-barang dekorasi, boleh pergi ke KAISON yang terletak di 1Borneo Hypermall dan Centre Point KK. 

Selain itu saya menambah sentuhan black cat. Lampu tanglung kucing hitam. :-)♡ Boleh didapati di kedai Daiso.
-
-
-
-
-
Tribute to Shing Shing. Gambar Shing Shing ni saya letak di tepi tangga sebab dulu dia suka sangat duduk kat tangga ni.

Ini pula gambar Si Hitam. :-) ♡

Untuk ruang makan, saya hiasi dengan cermin hiasan dan sticker abstract. 

Pintu tandas pula dihiasi dengan sticker black cat. ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!