Ahad, 30 Oktober 2016

Review : Naruko Foaming Wash

Memandangkan muka saya gelap sedikit kerana selalu terlibat dengan aktiviti outdoor, maka saya perlu menukar face wash Elizabeth Arden yang digunakan sebelum ini kepada jenama lain. Ini kerana pencuci muka tu hanya untuk melembapkan dan tak ada untuk whitening / brightening.

Lagipun harga face wash EA agak pricy juga, jadi saya berrubah kepada pencuci muka yang lebih affordable dan mudah didapati + tetap berkualiti. Produk yang tengah hangat dipasaran sekarang, Naruko. One of my favorite brands. ♡

Saya beli jenama ni kerana kesan positif nenggunakan mask muka Naruko sebelum ini. Ada banyak warna face wash Naruko dan saya tak tau nak pilih mana satu. Akhirnya saya pilih warna merah kerana pencuci muka ini bukan sahaja mencerahkan kulit, tetapi mengecilkan pori-pori. 

Naruko adalah produk made in Taiwan, manakala harga face wash ini ialah RM28.80 sahaja. Dijual dalam satu saiz. Boleh didapati di farmasi kecantikan Watsons. Kesan penggunaannya membuatkan kulit terasa lembut, lebih cerah dan lebih halus. Setakat ni pori-pori ada sedikit tertutup tapi bukan 100% la. Mungkin saya baru menggunakan produk ni. Tengok selama beberapa minggu, harap ada perubahan.



2 ulasan:

  1. Hai saya ain.
    Apa skincre routine awk skrg ni? Boleh share?

    Sy ada masalah jerawat/acne/scar

    Mcm2 cara dah..hmm buntu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Ain.

      Skincare routine saya sekarang simple sahaja:

      1. Pagi cuci muka guna Naruko foaming wash (x perlu gosok lama2. asal cuci sahaja)
      2. Sebelum guna krim dan makeup, saya spray guna produk Waazu.
      3. Lepas tu apply krim siang guna Safi Balqis dan sedikit makeup.
      4. Muka saya jenis berminyak, jadi saya gunakan Clean & Clear facial blotter untuk buang minyak muka berlebihan.

      5. Makeup remover guna Safi Balqis.
      6. Malam selepas basuh muka menggunakan Naruko Foaming Wash, saya akan gunakan toner Safi Balqis.
      7. Spray Waazu dan gunakan T3 kalau ada jerawat tumbuh.

      Kalau muka rasa kering, saya akan gunakan krim malam Safi Balqis atau kalau teruk kering... saya gunakan mask muka Naruko.

      Saya amalkan minum Innershine, Collagen daripada Blackmores dan Vitamin C.

      Harap info ini membantu ;-)

      Padam

Terima kasih!