Isnin, 17 Oktober 2016

Leisure Days - Kuala Lumpur

Semenjak dua menjak ni rasa macam lama dah tak ke KL. So kali ni pergi la, tapi bukan urusan kerja. Cuci mata saja. By the way... tak berjaya mendapatkan baju dri-fit seperti yang saya nak kerana pasar malam tak ada pada malam Isnin (Maksud saya... tak banyak gerai buka pada waktu tu). Kecewa juga la....

Apa-apapun, saya masih berjaya membeli beberapa helai tudung + barangan lain untuk rakan-rakan dan keluarga. Sebenarnya tak minat shopping sangat (beli barang apabila perlu). Tapi suka window shopping sahaja. HeHeHe... makan angin tak semestinya kena shopping. :-b Bley!


Okaylah. Sampai sahaja ke Kuala Lumpur, terus check-in hotel. Letak barang semua then blah terus jalan. Dimulakan dengan makan di Nasi Ayam Kampung, 35 Medan Selera, Kampung Baru. Menu wajib kena rasa adalah ayam kampung goreng. Dua gambar seperti di atas : Ayam kampung goreng, sotong masak asam pedas, gulai daging salai, ulam-ulaman, budu, sambal belacan dan sambal ikan bilis.

Dah habis makan semua, round dulu di sekitar KL termasuk the famos Tasik Titiwangsa. Bukan setakat tasik semata-mata, ada restoran... dan tempat beriadah juga. Then pergi KLCC tapi punyalah ramai orang. Oleh kerana KLCC tak jauh dari hotel tempat kami tinggal, jadi kami kena drop saja kat KLCC... lepas tu balik jalan kaki sahaja (12 minit). 

Naik hotel dulu simpan barang belian, lepas tu turun balik naik monorail yang terletak hanya 5 minit perjalanan dari hotel. Nak ke mana? Pastilah women's favorite place, Jalan Masjid India. Yeaaahh....

Sambil jalan sambil minum air. Ada show pula di depan Sogo. Oh ya. Ngam pula tengah hot sale di Sogo. Baju kemeja kerja RM129 lepas diskaun just tinggal RM29 sahaja. Kalau shopping kat Sogo memang best. Sebab diskaun tak tipu. Ada kedai yang hari-hari kata sale 70% tapi sebenarnya tak sale pun. Yang kita beli tu la harga sebenar. -_- Huh!

Balik hotel sempat tengok siaran langsung konsert sempena birthday TYT Sabah yang diadakan di Dewan Canselor UMS. Ada Jamal Abdillah, Awie dan beberapa artis tempatan lain. Saya tengok sebab buat kat UMS. Oo ya... kat KLCC tengah Japan Fair. Jadi banyak barangan Jepun yanh dijual di sana. Saya beli fried scallops. 100gm berharga RM15. Okay la kot... sekadar nak rasa.
Hari kedua.... menuju ke IKEA Cheras. Sayangnya IKEA tak ada lagi kat Sabah. Kalau ada... sure best! Barangan yang dijual dah la murah, lepas tu sesiapa yang rasa nak cari ilham bagaimana menghias rumah.... carilah IKEA. Semua barangan keperluan dan dekorasi rumah ada dijual di sini. I ♡ IKEA.
Inspirasi halaman rumah bersaiz kecil

Lampu ni hanya berharga RM200+ sahaja. Nak beli satu gantung kat rumah

Seksyen garden. Best!

Sempat jawab survey. Dan boleh redeem ice-cream free di Bristo IKEA

Dah pergi IKEA, lepas tu straight makan di Putrajaya. Then round kat shopping complex Alamanda sampailah penat kaki. Hari pertama di KL, 20,000 steps dah kami gerak. Hari kedua pula.... 17,000 steps. Wow! Berapa banyak kalori dah kami bakar ni?

Dua makanan yang perlu dibeli sebelum balik KK.... the famos Garrets Popcorn dan Subway. Sayangnya kedua-dua makanan ni tak ada di Sabah lagi!! Tu yang sanggup bawa dari KL tu. Huhu

Walaupun trip kali ni amat singkat, tapi gembira la dapat cuci mata di beberapa tempat. Yeay!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!