Ahad, 9 Oktober 2016

Review : Eye Mask from Guardian

Bye bye tired eyes!

Dengan adanya mask mata yang sangat comel ini, anda tak perlu risau lagi dengan mata yang puffy, sembab dan nampak penat. Yeaah! 

Mask mata ni adalah original product dari Guardian. Beli tiga dapat harga lebih murah. Tak sampai pun RM7 untuk ketiga-tiga mask ni. Pakai sekali memang tak cukup. Kena pakai banyak kali barulah dapat tengok kesan dengan lebih ketara. Seminggu kalau boleh gunakan dalam 2 atau 3 kali. :-)

Setiap pek mengandungi one pair of mask. Dijual dalam tiga jenis dengan khasiat yang berlainan. Mask yang nipis memudahkan penggunaan, tiada lelehan dan no sticky liquid. Tampal sahaja di bawah mata, tunggu selama 30 minit atau bawa tidur terus. Esok pagi baru buka.

Bungkusan yang menarik membuatkan saya nak beli lebih banyak eye mask dari Guardian ni!. ♡♡♡ super love it.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!