Rabu, 12 Oktober 2016

Dieffenbachia's Flower

Walaupun dah viral kata bunga ni beracun la, boleh membunuh la... tapi saya tetap suka dengan pokok Daun Bahagia atau nama lainnya Dieffenbachia, Leopard Lily atau Dumb Cane. 

Kenapa dipanggil Dumb Cane? Once terkena cecair yang terkena dari pokok ni, cepat-cepatlah bersihkan kerana akan menyebabkan painful and swollen mouth, tambahan pula, ada yang sampai tak boleh buka mulut langsung. Tapi sebenarnya pokok ni jarang mendatangkan kemuradatan kepada manusia dan haiwan, as long as kita tidak 'menyakitkan badan' pokok ini. 

Ada banyak jenis pokok Dumb Cane. Ada yang berdaun lebih kecil, warna putih lebih banyak berbanding yang hijau dan lain-lain lagi. Cara penanamannya pula, hanya kerat anak pokok dan cucuk di tanah lain. Cara penjagaan... senang. Memandangkan ini adalah tanaman indoor, tak boleh kena panas sangat. Yang bestnya, tak perlu hari-hari siram pun boleh, kecuali apabila musim kemarau.  

Adakah pokok Dumb Cane anda tak mengeluarkan bunga? Jangan panik, ianya normal. Sekali sekala Dumb Cane juga akan mengeluarkan bunga (seperti gambar di atas). Dalam kes saya, ada tiga bunga tumbuh sekaligus. ^^♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!