Ahad, 2 Oktober 2016

Review : Bunga Raya Snow White Ice Cooling Mask

Kepada yang tak cuba lagi mask muka Bunga Raya Snow White Ice-Cooling Mask dari Naruko (made in Taiwan)... saya syorkan anda untuk mencubanya ♡. Terutama kepada yang baru lepas melakukan aktiviti outdoor dan terkena banyak pancaran matahari... mask muka ini sangat sesuai kerana ia disertakan dengan sensasi ais. Jadi muka akan rasa sejuk apabila memakainya.

Kenapa saya sukakan mask jenama Naruko? Tak seperti mask lain, mask ini membuatkan kita begitu selesa dan tak rasa rimas ketika kmemakainya. Sheet yang nipis juga memudahkan kita untuk menekapkannya di muka.

Selain itu, mask ini tidak meninggalkan sebarang alahan di muka saya kerana ia sesuai untuk semua kulit. Hanya tekapkan di muka selama 20 - 30 minit sebelum tidur. Kemudian tanggalkan mask, urut muka anda sebentar dan semuanya selesai. Dah boleh masuk tidur. :-)

Hasilnya - More radiant, moisture and smooth skin. Kulit kering tiada lagi.

Sheet yang begitu nipis dan tidak membuatkan saya rimaa ketika menggunakannya.

Bunga Raya Snow White Ice-Cooling Mask dari Naruko. Harga sekeping mask hanya dijual dengan harga RM6.90 sahaja. Ada dijual di Watsons.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!