Ahad, 2 Oktober 2016

Another Blessed Saturday

Ada masa lapang sahaja pada hari Sabtu, memang tak boleh di sia-siakan. Selepas acara santai bersama keluarga untuk jabatan kami pada pagi hingga tengahari, petang tu kebetulan cuaca baik... lebih baik buat sesuatu. Maka dengan penuh semangat, saya dah Hafiz pun keluar bersenam di pusat sukan UMS. 

Dapat pusing empat kali di track pun dah memadai, as long as keluar penuh. Barulah badan rasa segar ^^. Nak masuk tidur pun nanti rasa best sahaja. Yalah. Tak ada lagi sindrom 'pegang handphone sebelum tidur'. Gerenti ngantuk terus punyalah.

Pemandangan senja di Pusat Sukan yang begitu cantik. 

Lepas sahaja beriadah, ingat nak pergi renew lesen memandu di UTC. Tetapi Sabtu minggu pertama UTC tak beroperasi kot. So tak sempat nak buat la. Pergi makan murtabak sayur lagi best okay.
-
-
-
-
-
Tiba-tiba group memancing dah roger. Sebelum balik rumah, sempat lagi singgah memancing. Saya pun... apa lagi... alang-alang dah sampai port, teruslah mengail juga. Alhamdulillah... ada rezeki malam tu... dekat 20 ekor juga ikan lumahan. Perasaan yang paling best ketika memancing ni adalah masa tarik ikan naik. Mana lagi bunyi ombak, lagilah best turun mancing.
-
-
-
-
-
-
-
Hari ini hari Ahad, sarapan pagi dengan homemade pancake strawberry + vanilla. Makan dengan madu yang saya beli di Kundasang, semuanya perfect!

♡♡♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!