Ahad, 30 Oktober 2016

Review : Naruko Foaming Wash

Memandangkan muka saya gelap sedikit kerana selalu terlibat dengan aktiviti outdoor, maka saya perlu menukar face wash Elizabeth Arden yang digunakan sebelum ini kepada jenama lain. Ini kerana pencuci muka tu hanya untuk melembapkan dan tak ada untuk whitening / brightening.

Lagipun harga face wash EA agak pricy juga, jadi saya berrubah kepada pencuci muka yang lebih affordable dan mudah didapati + tetap berkualiti. Produk yang tengah hangat dipasaran sekarang, Naruko. One of my favorite brands. ♡

Saya beli jenama ni kerana kesan positif nenggunakan mask muka Naruko sebelum ini. Ada banyak warna face wash Naruko dan saya tak tau nak pilih mana satu. Akhirnya saya pilih warna merah kerana pencuci muka ini bukan sahaja mencerahkan kulit, tetapi mengecilkan pori-pori. 

Naruko adalah produk made in Taiwan, manakala harga face wash ini ialah RM28.80 sahaja. Dijual dalam satu saiz. Boleh didapati di farmasi kecantikan Watsons. Kesan penggunaannya membuatkan kulit terasa lembut, lebih cerah dan lebih halus. Setakat ni pori-pori ada sedikit tertutup tapi bukan 100% la. Mungkin saya baru menggunakan produk ni. Tengok selama beberapa minggu, harap ada perubahan.



Rabu, 26 Oktober 2016

Seoul Garden di 1Borneo

Kini cawangan Seoul Garden telah dibuka lagi di 1Borneo Hypermall. Siapa yang tak berkunjung lagi ke sini, jom la. Rugi tak merasa authentic Korean food. Restoran ini terletak di Ground Floor, bersebelahan dengan Hotel Klagan (dulu CIMB Bank).

Restoran Seoul Garden dibahagikan kepada dua seksyen, satu seksyen buffet BBQ steamboat... satu lagi seksyen ala carte. Hari tu kami masuk seksyen ala carte saja sebab tidak berada di tahap kelaparan yang amat sangat. Khas untuk pelajar.... Seoul Garden menawarkan diskaun hebat apabila anda makan kat sini. Tunjuk saja ID card anda. Dah boleh save duit belanja. Yeay!

Menu kami pada hari itu adalah:

Seafood glass noodle.

Sup pedas kimchi + dumpling etc

Spinach Namul (sejuk) 

Teh cinnamon (boleh refill)
-
-
-
-
-

Ini adalah menu lain yang terdapat di Seoul Garden

Masakan Korea mempunyai rasa yang unik dan berbeza daripada masakan Jepun. Kepada yang suka menikmati makanan boleh mengunjungi Seoul Garden. Great taste with fast service.

Tapi kepada yang tak bersedia nak merasa masakan Korea lagi.... lebih baik fikir dua kali untuk masuk. Kerana kebanyakan masakan Korea 'lari' sikit dari citarasa masakan Melayu. 

Seoul Garden price untuk buffet di Sabah dan Sarawak


Ahad, 23 Oktober 2016

Ruang Tamu : Sebelum & Selepas

Untuk mengembalikan mood di rumah, salah satu cara adalah dengan menampilkan keadaan yang berbeza. Tak perlu nak ubah semua, sedikit perbezaan pun dah memadai. Ruang tamu rumah saya tak besar sangat. Cukup untuk family yang kecil. :-) 

Sebelum tu nak cerita sikit asal usul ruang tamu ni. Tema sebelumnya adalah warna tanah + purple. Kenapa saya memilih warna tanah? Masa baru-baru pindah ke rumah ni, first haiwan peliharaan saya adalah arnab. Dan arnab tu berwarna coklat putih. Nama dia Shing Shing ♡ Saya dan Hafiz sayang sangat kat Shing Shing. Tapi jodoh tak panjang, Shing Shing hanya tinggal kenangan. Sob.. sob.. T.T
Selepas dua tahun berkeadaan yang sama, saya masukkan warna hitam ke atas tema sebelumnya. Kenapa hitam? Sebab kucing saya Si Hitam berwarna hitam. :-) ♡♡♡ 

Material yang saya gunakan untuk menghias ruang tamu ni semuanya tak mahal. Harga berpatutan dan mudah didapati di mana-mana kedai. Jom kita tengok keadaan SEBELUM & SELEPAS:

SEBELUM
-
-
-
-
-
-
SELEPAS
Setelah mengharmonikan warna hitam + purple + earth color.


Saya tambahkan dengan LED lights yang boleh dibeli dengan harga murah. Memandangkan di waktu malam saya tak suka pasang lampu terang, jadi bagi saya lampu LED ni dah memadai. :-)

Kepada yang suka menghias rumah dan mencari barang-barang dekorasi, boleh pergi ke KAISON yang terletak di 1Borneo Hypermall dan Centre Point KK. 

Selain itu saya menambah sentuhan black cat. Lampu tanglung kucing hitam. :-)♡ Boleh didapati di kedai Daiso.
-
-
-
-
-
Tribute to Shing Shing. Gambar Shing Shing ni saya letak di tepi tangga sebab dulu dia suka sangat duduk kat tangga ni.

Ini pula gambar Si Hitam. :-) ♡

Untuk ruang makan, saya hiasi dengan cermin hiasan dan sticker abstract. 

Pintu tandas pula dihiasi dengan sticker black cat. ^^

Study + Assignment T_T

Feeling meeehh...

Walau apapun terjadi, assignments kena siap juga sebelum due date. So dengan selambanya tadi me and my friend a.k.a my colleague pergi library. Rupanya masa cuti semester library hanya buka sampai jam 1PM sahaja (hari Sabtu). T_T Punyalah!!!

Ikhtihar tempat lain, Starbucks la jawabnya. Ada minuman + internet + cool drink + cozy place to stay. Apa lagi... buat assignment la. Nasib baik saya tak ada mid term, so... phew! However my friend ada mid term! (sebab dia tak sama program macam saya). Dari jam 3PM+ lebih tadi sampai la jam 6PM+... ada juga hasil. Walaupun ada lagi kena tambah, tapi okaylah dari tak buat langsung.

Actually kalau Isnin - Jumaat payah sikit nak cari masa untuk buat assignment. Yalah... pagi kerja sampai jam 0530PM. Lepas tu petang kena pergi kelas gym. Dah tu balik rumah penat. HaHaHa. Selasa Rabu Khamis pula.. kelas malam dari jam 0700PM-1000PM. Jadi masa yang paling relevant adalah hujung minggu. Yeay!

Maka kami berdua pun buatlah assignment dan mengulangkaji pelajaran dengan 'riang ria'nya. Alahaaiii lamanya tak rasa seperti student balik. 

Buat assignment sambil minum minuman terbaik boleh melegakan perasaan. Hahaha!

Khamis, 20 Oktober 2016

Tips untuk Cepat Tidur Malam

Mengalami kesukaran untuk melelapkan mata? Meh saya share beberapa tips untuk anda:

  • Tenangkan fikiran. Kadang-kala penyebab kita tak bokeh tidur sebab banyak sangat fikir. Cuba untuk lupakan segala masalah, tutup mata dan fikir sesuatu yang menenangkan.
  • Tak tidur siang. Sebab bila dah tidur siang, 'battery' pun dah cas balik. Lepas tu malam sure lambat tidur punya.
  • Buat senaman di waktu petang. Bila dah penat, malam nanti mesti rasa ngantuk dan rasa nak tidur. Maklumlah tenaga banyak digunakan disebelah petang.
  • Minum segelas air suam sebelum tidur. Air suam boleh membantu melegakan tubuh.
  • Mandi air panas. Sama juga fungsinya iaitu membantu melegakan tubuh.
  • Penggunaan lampu malap. Lampu yang kurang terang dapat merehatkan mata dan memberikan 'feeling sleepy'. Tutup mata dan cuba untuk rehat.
  • Pengudaraan. Kalau udara sejuk atau angin sepoi-sepoi bahasa, mesti lepas tu rasa ngantuk. Bayangkan jika kita berada di tepi pantai?
  • Sound Therapy. Bunyi-bunyian seperti ombak, cengkerik dan air mengalir mampu membuatkan kita terlena. Cari sahaja dalam Youtube dan pasangkan di ruang tidur anda. Lihat keistimewaannya.
  • Baca buku. Baca buku atau novel yang sesuai sebelum tidur agar dapat merehatkan minda kita.
  • Jauhkan telefon pintar anda. Haaa.... ni susah sikit nak tolak. Tapi penggunaan telefon pintar mesti boleh menjadikan kita lambat tidur. Nak main game la, buka FB la, Instagram la etc. Bukan itu sahaja, mata juga tak dapat nak rehat akibat cahaya daripada telefon.

Harap tips ini membantu :-)

Selasa, 18 Oktober 2016

Review : Innisfree Mask

Masa di Kuala Lumpur hari tu sempat singgah ke Innisfree sebab nak tengok apa barang yang best dijual. Oo ya....Innisfree ni menjual pelbagai barangan penjagaan peribadi seperti mask, shower bath, lotion and even cosmetics! Konsepnya sama sahaja seperti The Body Shop, Nature Republic, Skin Food atau L'occitane. 

Barangan Innisfree semuanya Made in Korea. Di samping melihat pelbagai barangan menarik, ternampak pula mask muka yang colorful dijual di sana. Ada perisa tomato, cucumber, acai berry dan lain-lain. Oleh kerana harganya yang murah, hanya RM4 sekeping... jadi saya pun belilah tiga keping.  

Balik hotel tak tersempat nak pakai mask muka. Ngantuk punya pasal, mata tak tertahan. Sampailah bawa ke balik ke Sabah... barulah ada masa nak pakai. By the way, saya mulakan dengan manuka honey - untuk menjadikan kulit lembap. Feeling pakai tu cam best saja sebab ada bau manuka honey. Kepingan mask yang nipis dan tak 'leaking' memudahkan untuk saya memakainya.

So far mask ni memang bagus dan berkualiti. I will try another two. Tak sabar nak bau tea tree dan rose.. :-)

Isnin, 17 Oktober 2016

Leisure Days - Kuala Lumpur

Semenjak dua menjak ni rasa macam lama dah tak ke KL. So kali ni pergi la, tapi bukan urusan kerja. Cuci mata saja. By the way... tak berjaya mendapatkan baju dri-fit seperti yang saya nak kerana pasar malam tak ada pada malam Isnin (Maksud saya... tak banyak gerai buka pada waktu tu). Kecewa juga la....

Apa-apapun, saya masih berjaya membeli beberapa helai tudung + barangan lain untuk rakan-rakan dan keluarga. Sebenarnya tak minat shopping sangat (beli barang apabila perlu). Tapi suka window shopping sahaja. HeHeHe... makan angin tak semestinya kena shopping. :-b Bley!


Okaylah. Sampai sahaja ke Kuala Lumpur, terus check-in hotel. Letak barang semua then blah terus jalan. Dimulakan dengan makan di Nasi Ayam Kampung, 35 Medan Selera, Kampung Baru. Menu wajib kena rasa adalah ayam kampung goreng. Dua gambar seperti di atas : Ayam kampung goreng, sotong masak asam pedas, gulai daging salai, ulam-ulaman, budu, sambal belacan dan sambal ikan bilis.

Dah habis makan semua, round dulu di sekitar KL termasuk the famos Tasik Titiwangsa. Bukan setakat tasik semata-mata, ada restoran... dan tempat beriadah juga. Then pergi KLCC tapi punyalah ramai orang. Oleh kerana KLCC tak jauh dari hotel tempat kami tinggal, jadi kami kena drop saja kat KLCC... lepas tu balik jalan kaki sahaja (12 minit). 

Naik hotel dulu simpan barang belian, lepas tu turun balik naik monorail yang terletak hanya 5 minit perjalanan dari hotel. Nak ke mana? Pastilah women's favorite place, Jalan Masjid India. Yeaaahh....

Sambil jalan sambil minum air. Ada show pula di depan Sogo. Oh ya. Ngam pula tengah hot sale di Sogo. Baju kemeja kerja RM129 lepas diskaun just tinggal RM29 sahaja. Kalau shopping kat Sogo memang best. Sebab diskaun tak tipu. Ada kedai yang hari-hari kata sale 70% tapi sebenarnya tak sale pun. Yang kita beli tu la harga sebenar. -_- Huh!

Balik hotel sempat tengok siaran langsung konsert sempena birthday TYT Sabah yang diadakan di Dewan Canselor UMS. Ada Jamal Abdillah, Awie dan beberapa artis tempatan lain. Saya tengok sebab buat kat UMS. Oo ya... kat KLCC tengah Japan Fair. Jadi banyak barangan Jepun yanh dijual di sana. Saya beli fried scallops. 100gm berharga RM15. Okay la kot... sekadar nak rasa.
Hari kedua.... menuju ke IKEA Cheras. Sayangnya IKEA tak ada lagi kat Sabah. Kalau ada... sure best! Barangan yang dijual dah la murah, lepas tu sesiapa yang rasa nak cari ilham bagaimana menghias rumah.... carilah IKEA. Semua barangan keperluan dan dekorasi rumah ada dijual di sini. I ♡ IKEA.
Inspirasi halaman rumah bersaiz kecil

Lampu ni hanya berharga RM200+ sahaja. Nak beli satu gantung kat rumah

Seksyen garden. Best!

Sempat jawab survey. Dan boleh redeem ice-cream free di Bristo IKEA

Dah pergi IKEA, lepas tu straight makan di Putrajaya. Then round kat shopping complex Alamanda sampailah penat kaki. Hari pertama di KL, 20,000 steps dah kami gerak. Hari kedua pula.... 17,000 steps. Wow! Berapa banyak kalori dah kami bakar ni?

Dua makanan yang perlu dibeli sebelum balik KK.... the famos Garrets Popcorn dan Subway. Sayangnya kedua-dua makanan ni tak ada di Sabah lagi!! Tu yang sanggup bawa dari KL tu. Huhu

Walaupun trip kali ni amat singkat, tapi gembira la dapat cuci mata di beberapa tempat. Yeay!

Ahad, 16 Oktober 2016

Review : Syampu Audace

Kepada yang mengalami masalah rambut gugur, try shampoo Audace. Walaupun shampoo ni tak famos sangat jika dibandingkan dengan jenama lain, tapi memang betul la very effective.

Umur pun dah meningkat, rambut pun dah mula gugur. Alahaiii... walau tak banyak sangat tapi takut juga kalau berterusan. Jadi saya pun cuba shampoo ni. Sekarang dah masuk botol kedua saya gunakan. Ternyata shampoo ni berkesan. Bukanlah rambut tu tak gugur langsung, tetapi ianya berkurangan jika dibandingkan sebelum ini.

Shampoo ini dijual dalam harga RM24 sebotol (200ml). Ada juga satu jenis lagi iaitu Audace Strength. Shampoo ni bukan sahaja membuatkan rambut menjadi lembut, malah tak mengeluarkan bau yang pelik. 

Sebenarnya jenama audace ni ada mengeluarkan produk lain seperti hair tonic dan shampoo Audace Regan. Saya tak pernah try lagi produk tersebut, jadi tak boleh nak buat review lagi. 

Apa-apapun, for budget hair fall control shampoo yang bagus adalah Audace.


Sabtu, 15 Oktober 2016

Walk For Fun 2016 : Moonlight Walk

Jabatan Canselori kini kembali lagi dengan Program Walk for Fun Siri II dengan temanya Moonlight Walk. ♡♡♡ Lebih meriah! Acara ini terbuka kepada warga UMS dan orang awam. 

14 Oktober 2016, alhamdulillah program ini berjalan lancar. Kalau sebelum ni semua bawa benda glow in the dark, kali ni peserta bawa belon pula. Dan yang lagi best, masa acara pelepasan tu... pufff!! Semua lampu jalan seluruh UMS off secara tiba-tiba. Dan peserta pun mulalah berjalan dibawah sinaran bulan. Trail kali ni panjang sedikit dari sebelumnya.

Fokus utama program ini just untuk release tension sambil menikmati keindahan kampus UMS di waktu malam. Selain untuk menarik pelancong berkunjung ke UMS, dengan terpadamnya lampu selama satu jam... dah berapa banyak elektrik dapat dijimatkan? ^^♡ InShaaAllah tahun depan kami akan buat yang lebih havoc. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan acara Walk for Fun : Moonlight Walk pada kali ini. Kepada Rumah Amal Kasih, terima kasih kerana sudi hadir bersama anak-anak istimewa. Kami juga memohon seribu kemaafan sekiranya terdapat kekurangan di sepanjang program ini berlangsung. :-)

Dengan kakitangan kami yang terhad, akhirnya berjaya juga buat program seperti ini. Sebarang cadangan tema juga amat dialu-alukan. 


Crowd sedang bereht selepas acara dan menunggu sesi cabutan bertuah

Twin. HaHaHa

Keadaan semasa acara berjalan dah bermula. 

Urus Setia tak boleh ikut berjalan sebab kena buat banyak kerja lagi.

Persiapan bermula sebelum acara

Dalam Instagram UMS Official

Kami pam sendiri belon ni tau! 

Yeaaaaa!

-
-
-
-
-

Sempat lagi buat photoshoot kat dalam office. Hahaha

Original view

The balloons

Work & Study

I am so excited to visit KL again, so I can buy more those dri-fit shirt... with much cheaper price. I need it as gym is my new routine now. I can get at only RM15 - RM20 per piece. No brand but has a good quality.

Since becoming a student, I have a very poor time at home. Working... after that go to gym, then start the class, gone fishing... lastly go back and sleep (again and again and again). However, being a part-time student is not that easy. You need to balance everything... between work, study and life. You need to sacrifice a lot, as well as know how to manage your time. You will frequently get stress on your assignments, projects, thesis etc etc. T_T I hope I will finish my study, with a good grade, at the right time.

October is busy as usual. Our department has a lot  of planning and activities. We need to catch em up. By the way, exam is around the corner. The good news is... we don't have to answer like we did in Bachelor Degree. Unfortunely the bad news is... you need to truly understand the questions.  

I end it here. Perhaps I should prepare myself because I need t go to the library -______-. Ow man!

Jumaat, 14 Oktober 2016

Happy Birthday Bu Jijah

11 Oktober 2016.... Happy Birthday Kak Dija @ Bu Jijah! Adoiii lambatnya baru saya upload gambar party bersama Bu Jijah. 

Bu Jijah, nama glamornya ya. Sebenarnya Kak Dija ni one of the senior staff di Canselori. Tak lama lagi dah nak pencen, jadi sebelum menamatkan perkhidmatan pada tahun 2018, biarlah meninggalkan kenangan terindah di UMS ni.

Small party for Bu Jijah. Sebenarnya kami semua di Jabatan Canselori sayang sangat ngan Bu Jijah. Dah anggap macam mak sendiri. Walaupun umur dah menjangkau 54 tahun pada tahun ini, tapi Bu Jijah still rocks! Supporting dan memang lucu orangnya.

Kami bertuah dapat kenal orang macam Bu Jijah. Happy birthday to you. ♡

Still beautiful and happy go lucky

Aksi anak menyuap mama. 😂

Small party for Bu Jijah. 

Rabu, 12 Oktober 2016

Dieffenbachia's Flower

Walaupun dah viral kata bunga ni beracun la, boleh membunuh la... tapi saya tetap suka dengan pokok Daun Bahagia atau nama lainnya Dieffenbachia, Leopard Lily atau Dumb Cane. 

Kenapa dipanggil Dumb Cane? Once terkena cecair yang terkena dari pokok ni, cepat-cepatlah bersihkan kerana akan menyebabkan painful and swollen mouth, tambahan pula, ada yang sampai tak boleh buka mulut langsung. Tapi sebenarnya pokok ni jarang mendatangkan kemuradatan kepada manusia dan haiwan, as long as kita tidak 'menyakitkan badan' pokok ini. 

Ada banyak jenis pokok Dumb Cane. Ada yang berdaun lebih kecil, warna putih lebih banyak berbanding yang hijau dan lain-lain lagi. Cara penanamannya pula, hanya kerat anak pokok dan cucuk di tanah lain. Cara penjagaan... senang. Memandangkan ini adalah tanaman indoor, tak boleh kena panas sangat. Yang bestnya, tak perlu hari-hari siram pun boleh, kecuali apabila musim kemarau.  

Adakah pokok Dumb Cane anda tak mengeluarkan bunga? Jangan panik, ianya normal. Sekali sekala Dumb Cane juga akan mengeluarkan bunga (seperti gambar di atas). Dalam kes saya, ada tiga bunga tumbuh sekaligus. ^^♡