Isnin, 5 September 2016

JJCM : Warung Jeliti di Labuan

Sepatutnya hari ni saya hadir taklimat (maklumlah...campus life) tapi kerana ada tugasan rasmi di Labuan, jadi tak dapat hadir ke taklimat tersebut.

Oh ya. Sekarang Labuan dah tak macam dulu lagi. Hujung minggu pun dah happening sebab banyak gerai makan buka terutama di tepi pantai. Buka waktu petang dan tentunya banyak menu pilihan seperti sate, rojak buah dan pisang goreng. Sambil tengok sunset, sambil menikmati air kelapa muda. Selain itu, masyarakat di Labuan juga mementingkan kesihatan kerana makin ramai yang suka jogging dan berbasikal terutama di tepi pantai. 

Kalau nak makan tengahari yang best pula, boleh cuba Warung Jeliti yang terletak di Jalan Bebuloh. (Guna GPS boleh search 'Warung Jeliti'). Ramai orang dari jauh pun sanggup datang ke warung ini kerana masakannya yang sedap dan banyak pilihan. 

Kepada yang datang ke Labuan, rugi kalau tak datang ke mari. Dah rasa sekali pasti nak lagi. Harga juga berpatutan. Kami makan 5 orang tadi... semuanya RM48 sahaja termasuk minuman sejuk sekali. Kira murahlah dengan menu yang pelbagai dan kuantiti makanan yang banyak.

Makanan yang superb. Hati ayam, ikan kari dan sayur goreng. Teringat masakan mummy terusss
-
-
-
-
-
-
-
-
Sebelum makan tengahari, saya sempat melawat ke beberapa tempat bersama yang lain. Maklumlah ada yang dah lama tak pergi Labuan.
Hajat nak pergi tengok terowong lama tapi lastly tengok benda ni pun jadilah. Tak ada signboard bagitau apa benda ni tapi macam saluran paip pun ada. Ada sejarah tersendiri. 
FYI - Ada tujuh terowong lama di Labuan time zaman pemerintahan Jepun dulu.

Tangga menuju ke terowong lama. Ada cerita mistik di sebalik terowong ni. Nanti di page lain saya cerita.

Sempat juga melawat chimney. Orang Labuan panggil benda ni 'punil'.

Petang tadi pergi amik VVIP di airport. Spotted something yang pasti akan happening di Labuan lepas ni. Starbucks bakal dibuka! Yeay!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!