Isnin, 5 September 2016

Review : The BodyShop - Honey Mania Body Butter

Kulit kering? 

Cuba dulu The Body Shop Body Butter yang sangat best ni. Bukan sahaja kulit menjadi sangat lembut selepas menggunakannya, tetapi juga menjadi wangi dan selesa.

Oleh kerana bulan ini adalah birthday month saya, jadi saya dapat diskaun sebanyak 25% bagi semua barangan The Body Shop yang saya beli pada hari itu. Harga sebenar produk ini ialah RM27+ (50ml), tapi selepas diskaun tentulah harga menjadi murah. 

Saya memilih wangian madu kerana madu adalah makanan yang saya perlukan di waktu pagi, wangiannya juga best dan antara wangian kegemaran saya. :-)

Apa yang best mengenai The Body Shop, semua barangannya adalah free from animal testing, 100% vegetarian dan mereka support go green! ^^♡ Produk The Body Shop juga begitu wangi, genuine dan semua nampak cantik. 

Jadi untuk yang tengah mencari body butter terbaik, produk The Body Shop adalah antara yang terbaik. Tak perlu guna banyak pun tak apa kerana dah cukup untuk cover satu badan. Gunakan seminggu sekali atau apabila perlu. Produk ini paling berkesan untuk mereka yang mempunyai kulit kering dan terdedah kepada cahaya matahari.

I ♡ body butter from The Body Shop


Inilah rupa body butter ni

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!