Rabu, 21 September 2016

Spent Time With Them

Memandangkan parents mereka ni ke luar negara, jadi mereka pun tinggal la kat rumah nenek mereka. Dan memandangkan di runah dah ada lima orang anak buah semuanya... nenek pun penat juga ek. Free time? Boleh bawa jalan-jalan amik angin kat luar. Hafiz pun tak ada masa ni, outstation. Jadi only me and my anak-anak buah sahajalah. Lepaksss on da go!

Mula-mula nak pergi tengok wayang tapi wayang lambat start la pula. A.k.a cam tak ada wayang best sangat. Takkan nak bawa budak-budak tengok Train to Busan? 

Lebih baik bawa ke tempat yang santai sikit. Muzium? ;-)

Lepas pergi Muzium Sabah, kami pun direct ke Signall Hill. Tengok pemandangan seluruh bandaraya Kota Kinabalu yang indah. Dah tu terus direct ke Pantai Tanjung Lipat. Pantai ni kalau Sabtu dan Ahad, sure penuh orang (kecuali time hujan). Sebab pantainya yang cantik, angin sepoi bahasa... siapa yang tak nak pergi, kan? Kami pun tak terkecuali. 

Dah tu kelaparan... makan di Pancake House Karamunsing. Lepas round Karamunsing, pergi ke Pantai Tanjung Aru yang famos ni pula. Sambil beli buah-buahan dan jagung manis (yum...yum!)... terus amik masa lepak tepi pantai. Ramainya orang! Kebetulan cuti sekolah masa ni, memang confirm ramai la. 

Hafiz & Hassya tengah main kad Pokemon mereka. Dah lama lepak... kami pun meneruskan perjalanan ke Centre Point. Biar lambat balik rumah asal gembira. Sambil makan aiskrim.. sambil mencari kad Pokemon (nak tambah koleksi lagi). 

Itu saja ^^♡