Khamis, 1 September 2016

Sambut Merdeka

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 59. Salam Sehati Sejiwa!

Di bulan yang penuh bersejarah ini, Jabatan Canselori mengadakan satu aktiviti petang yang santai iaitu Riadah Merdeka. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mempromosikan bulan kemerdekaan, memberi kesedaran berkenaan kehidupan sihat dan merapatkan silaturahim antara staf. Aktiviti ini diadakan pada 30 Ogos, memandangkan pada 31 Ogos itu adalah hari cuti. Bermula dari lobi bangunan Canselori, para peserta pun ber-power walking sehingga ke jeti UMS. Perjalanan adalah sejauh 2KM.

Walaupun atur cara aktiviti ini ringkas iaitu beriadah, cabutan bertuah dan seterusnya BBQ sampai malam... tapi kami semua tentulah sangat gembira. Disamping boleh tengok sunset yang super cantik, kami juga boleh menikmati ayam dan kambing panggang yang dah di marinated secukupnya.

Mula-mula tu hujan lebat, berfikir dah bagaimana nak teruskan acara. Alhamdulillah waktu petang dalam jam 4PM gitu, hujan dah berhenti. Lega rasanya.... :-)  

Ole-ole dari Jabatan Canselori kepada para peserta yang join event ni





Chef cook yang super handal


Geng trip Labuan >.<

Cantiknya sunset ^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!