Selasa, 27 September 2016

Mono Design : High Quality and Flexible Eyewear

Tiba masanya untuk buat cermin mata baharu... selepas tiga cermin mata sebelumnya. 

Kali ini saya memilih jenama Mono Design (made in Korea). 

Kenapa Mono Design?

1. Rekaan
Pastinya cermin mata Mono Design menawarkan rekaan moden yang sering menjadi pilihan pengguna masa kini. Memandangkan ianya adalah made in Korea, semestinya rekaan Mono Design nampak 'lebih KPOP', trendy dan kelihatan bergaya.

2. Pilihan Warna
Mono Design juga menawarkan beberapa jenis warna yang cantik kepada pengguna. Tak ada dah macam cermin mata dulu lagi yang asyik bewarna gold atau hitam, sekarang dah ada warna biru, merah, purple atau coklat... dalam rekaan yang lebih moden. 

3. Fleksibel dan ringan
Mono Design eyewear diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan mudah dibawa ke mana sahaja. Tak perlu risau cermin mata patah akibat terlipat, kerana rekaan Mono Design sangat flexible dan tak mudah patah. Boleh dilipat, senang nak sisip di tepi telinga kepada pengguna yang memakai tudung. 

4. Harga
Kebanyakan frame kaca mata yang berkualiti dijual dengan harga yang... agak pricy jugalah. Contohnya GUCCI, frame sahaja dah RM1,100+. Bagi saya pula, Mono Design menawarkan harga berpatutan. Satu frame hanya berharga dalam RM500+ sahaja. 

Frame yang boleh dilentur.

By the way, cermin yang saya pilih ni boleh menyerap sinaran yang berlebihan, sesuai dengan mata silau. Sesuai digunakan ketika siang dan malam serta ketika berada di hadapan PC. Harga untuk cermin (sahaja) adalah dalam range RM650.

Mono Design, made in Korea


Taaaadaaaa!