Ahad, 11 September 2016

Mimi Si Kucing Jeti

Semalam angin punyalah sejuk. Rasa macam musim sejuk pula. Dahlah tak bawa jaket, tahan sajalah... nak pergi lepak kat jeti punya pasal. 

Dah seminggu hujan asyik turun. Mungkin tu la yang menyebabkan cuaca malam pun sejuk juga. Nasib baik ada Mimi, kucing yang jaga jeti UMS. Nampak gayanya Mimi relax saja. Tengok air laut macam tak ada perasaan. Dapat makan free ikan fresh pula tu. 

Sambil melayan pancing, sambil juga saya temankan Mimi makan. Lepas tu bawa dia bercerita macam la dia faham apa yang saya cakap. Sedap juga peluk Mimi ni sebab badan dia panas.

Sebenarnya kucing ni tak la 24 jam duduk di jeti. Kadang-kadang dia pindah ke bengkel bot. Malam datang balik ke jeti sebab Mimi tau ada makanan free kena bagi oleh si pemancing tegar. Dapat tiga ekor ikan fresh malam tu dah memadai. Dengan perut yang sarat mengandung, Mimi masih boleh bermanja dengan sesiapa pun. 

Mimi sedang makan ikan segar yang baru sahaja ditangkap

Pemandangan semalam yang cantik

Bawa Mimi lepak sambil layan udara sejuk

Seronok dapat kenal Mimi sebab kucing ni manja

Pak Tam dapat ikan Senangin

Menara jam UMS yang sentiasa kelihatan indah. Jam 0150AM ketika gambar diambil

Kenapa Mimi? Sebenarnya kucing ni tak ada nama pun. Oleh kerana saya suka gelar kucing sebagai Mimiaw... jadi saya terus namakan kucing ni sebagai Mimi. :-) 

Tak sabar nak tengok anak Mimi nanti. Mungkin ada lima ekor kot? ♡

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!