Jumaat, 16 September 2016

Menu Simple Aidiladha & Hari Malaysia

Tak sah kalau tak memasak special menu masa hari cuti. Minggu ni memang ramai orang amik cuti kerana Aidiladha dan Hari Malaysia jatuh pada minggu yang sama. Kebetulan di Ranau sekarang ni tengah berlangsung Pesta Durian, apalagi... jalan pun traffic jam. Apa yang kawan saya bagitau... dari Kundasang nak ke Ranau pun amik masa 2 jam. Padahal 25 minit dah boleh sampai. Begitu punya jam daaa.....

Menu Hari Raya Aidiladha. Okay. Ni first time saya buat kuih lopes ni. Mak mertua ajar. Akhirnya berjaya juga buat. Adunan buat kat kampung, lepas tu rushing balik rumah sebab keesokan harinya Hafiz ada acara... jadi rebus kuih ni kat rumah sahajalah. Boleh pula stok kelapa parut habis untuk buat topping kuih. Malas nak fikir panjang, uli dengan oat pun jadilah. Malah lebih sedap berbanding diuli dengan kelapa. Makan dengan sirap gula melaka, fuh! Sekali rasa nak lagi. Kuih lopes antara kuih tradisional kegemaran saya selain kuih buah melaka.
-
-
-
-
-
Menu sempena Hari Malaysia - Sebenarnya saja memasak special sikit pagi ni untuk sarapan. Nasi lemak dengan ayam goreng. Oleh kerana program makanan sihat kami masih berjalan iaitu menu lebih kepada healthy food seperti sup ayam, grilled vegetable dan lain-lain... hari ni kiranya 'cheat day' la ek. Hehehehe...

Sebenarnya masak nasi lemak ni senang sahaja. Yang penting nasi dan sambal kena sedap kerana itulah yang akan membuatkan nasi lemak anda istimewa. 
-
-
-
-
-
Good thing to do, drink Sencha Green Tea from BOH. Inilah minuman yang paling best dan menyegarkan. Refill banyak kali pun tak apa, malah akan menjadi lebih sedap. Green tea boleh membantu detox badan, menyegarkan tubuh dan meningkatkan mood seharian anda.

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Hari Malaysia :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!