Ahad, 25 September 2016

Memancing Ikan Lumahan

Salah satu cara menghilangkan tension adalah dengan memancing. Dan apabila dapat banyak ikan, lagilah best. Rasa macam tak nak balik pun ada. Pada 22 September malam tu, lepas kelas terus singgah pergi jeti. Apa tidak... balik-balik dalam group Pancing post gambar dapat tangkap ikan. Tak boleh jadi ni.

Salah satu cara paling senang untuk menangkap ikan lumahan adalah dengan menggunakan mata kail sabit (treble hook). Ikan lumahan berenang di dalam group, apabila mereka timbul di permukaan... apa lagi... sabit sahajalah. Mata kail sabit tidak terhad kepada lumahan sahaja, malah banyak lagi ikan lain yang boleh menjadi sasaran.


Malam tu saya cuba dapatkan 20 ekor ikan lumahan dan akhirnya saya berjaya. Saiz ikan yang berjaya saya perolehi boleh mencecah lebih saiz tapak tangan dewasa. 

Lihat tong rakan saya pula.


Treble hook. source

Malam tu memang best betul memancing kerana dapat banyak ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!