Khamis, 15 September 2016

Kembali ke Kelas. LaLaLa

Dah beberapa hari nak update blog tapi asyik mengantuk. So malam ni boleh update kot (walaupun mata dah ngeng ngeng ngeng tapi masih boleh bertahan lagi).

This month? Super duper busy. Saya pun dah start masuk kelas kembali dan harap boleh polish balik benda yang dah belajar dulu. Seriously bersedia fizikal dan mental tapi tak sampai 100%. 1% masih ke arah lain. Berharap boleh capture semua apa yang di ajar. Plus... orang lain semua nampak terrer bebenar. Thank goodness semalam tak ada kelas memandangkan semua orang masih bercuti-cuti Malaysia. Boleh la relax sikit.

By the way, akhirnya tercapai juga impian selama ini, walaupun bingung juga berfikir nak atau tak nak. Final decision pilih jawapan 'ya' dan perlu yakin untuk dapat habiskan on time. Next stage akan fikir lepas tu + (additional) money talk.... OKAY? (Kena ada kewangan yang baik juga memandangkan ianya tak free.


This is me with my colleague duduk relax sebelum mula kelas. Of course tak sempat nak balik rumah sebab kelas mula jam 7PM. Habis waktu bekerja pada jam 0530PM... itupun belum tau lagi kerja dah betul-betul siap atau tak. Honestly, rasa badan agak berkulat. Brrrr....!! Semoga dipermudahkan segala urusan.

Alright... untuk meningkatkan mutu penglihatan yang kini makin tak best.... akhirnya saya buat jugalah kaca mata. Bukan apa, malam terutamanya tak nampak jalan. Lebih-lebih lagi kalau jalan gelap then tiba-tiba ada kereta lalu arah bertentangan... mata pandai jadi blind sekejap. Aiyoyo.... kronik. Plus hujan lagi, super kronik la jawabnya. Check guna machine, eyesight tak berapa bagus. (R) 275 + silau (L) 250. However, keputusan test mata manual tentulah berbeza dari yang machine. Final result... I won't tell anyone. -_-

Memandangkan saya suka design yang simple, ringan dan nak kaca mata yang tak cerewet dan tak mudah patah... saya memilih jenama Mono Design, Made in Korea. Next page saya akan buat review untuk brand ini. 

The exciting part bukan masa dapat spec tu tapi masa membayar. Grrr....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!