Jumaat, 16 September 2016

Pusat Gym UMS

Semalam punyalah semangat nak pergi gym. Dapat senaman 45 minit sebelum kelas pun okay dah.

Oh ya... sebelum tu... UMS ada menyediakan perkhidmatan gym. Kepada yang berminat, bolehlah menggunakan gym UMS. Rate adalah seperti berikut:

  • Pelajar - RM3 per entry / RM40 sebulan
  • Staf UMS - RM5 per entry / RM60 sebulan
  • Orang awam - RM7 per entry / RM80 sebulan
Opening hour :

  • Isnin - Jumaat : 0800AM - 1000PM
  • Ahad & cuti umum : TUTUP


Gym UMS juga menyediakan sewaan basikal, personal trainer dan shower room untuk pelanggan. Untuk maklumat lanjut berkenaan gym kami, boleh layari website UMS.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Bermulanya bulan September yang banyak cuti tapi busy tak sudah. Bermulanya juga kelas dan program 'Fizikal Sihat' version 1.2.

By the way, full moon dan Moon Cake Festival pun berlangsung. Tahun ni dapat tiga biji moon cakes ♡_♡ Bestnya....!

Sebelum itu...

Selepas perasmian EcoCanselori... Tengahari tu saya dan Khai pergi tengok pelajar rayuan mendaftar. Tiba-tiba terserempak pula dengan geng kerja satu bangunan. 

Memandangkan waktu rehat terasa macam panjang, tiba-tiba terfikir nak round Kg. Kibagu yang terletak tak jauh dari UMS. Saja nak tengok keindahan pantai. Airnya berwarna biru, pemandangannya juga cantik. Siapa yang tak pernah pergi lagi... jom melawat Kg. Kibagu. ♡

Konon petang tu sebelum kelas pergilah gym. Buat senaman yang ringan dah cukup. Target? Sado dalam masa dua tahun. Wakakakakakak! Tak ada la. Nak tingkatkan stamina masa kerja tak rasa penat + kelas tak rasa ngantuk + tidur yang selesa. Seriously... senaman amat membantu. 

Rupa-rupanya kelas batal. Cheeeyy! Bagai tiada arah tujuan, malam masih muda dan esok cuti Hari Malaysia... maka kami pun pergilah dinner di UpperStar 1Borneo. 

Sabtu adalah hari Pokemon Hunting besar-besaran. One of my friends adalah kipas susah mati Pokemon dan dah ready untuk beraksi esok. Nasib baik saya tak install Pokemon. Hehehe....

Blah dari UpperStar dan menganggap malam masih tak pandai tua, saya dan Hafiz pun pergilah lepak kat jeti UMS. Apa lagi... sambil memancing la. Pancing dah kena repair, yessss!! Kali ni cuba nasib dengan kaedah sabit. Tapi tak best sangat la sebab malam tu tiba-tiba ramai pula orang. 

Pemandangan jeti pada jam 12 lebih malam. Berangin, tenang dan sunyi.

One of my favorites. 

Goodnight. :-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!