Sabtu, 3 September 2016

Kebun Kecil Kami

Dah masuk bulan September...

Walau apa pun berlaku, kebun kecil di belakang bangunan tu perlu dilawat juga. Dan hari ni tentunya hari yang menggembirakan kerana dapat MENUAI HASIL TANAMAN. Ahli-ahli Green Thumb pun dah wujudkan group Kebun untuk share aktiviti apa yang dah dibuat.

Tanaman sentiasa bersilih ganti. Dah tak ada yang lama, tanaman baharu pula digantikan. Buat masa ni, ada beberapa pokok yang menjadi pilihan kami. Antaranya:

Ha..... pada mulanya saya pun tak ingat pokok apa yang kami tanam ni. Yang pastinya saya order biji benih ni dari China. Jauhnya la. Lupa punya pasal, akhirnya kami rujuk dengan Mr. Lee, pakar tanaman bandar. Rupa-rupanya pokok zucchini. First time nampak pokok ni. Ingatkan tembikai. Subur betul pokok ni kena tanam. 

Sayur yang dikutip sendiri. Untuk menambah hasil pendapatan, kami menjual hasil tanaman ni kepada sesiapa yang nak membeli.... dengan harga yang amat murah. Kangkung macam tu punya banyak hanya berharga RM5 sahaja. Okay la kan...

Seronok betul bertanam ni sebenarnya. Bukan sahaja dapat menyihatkan badan, tapi juga dapat mempromosikan tanaman bandar, go green dan hidup sihat.

Ini pula sayur sawi manis. Saya beli biji benih ni special dari luar negara tau


Terung hybrid. Pokok masih kecil tapi buahnya bukan main banyak. Tak pernah tak berbuah. Tapi kadang-kadang monyet datang curi buah terung. Geram!

Sebelah kiri - Kangkung. Sebelah kanan - bayam. Sekejap dah tumbuh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!