Jumaat, 16 September 2016

Kebun Kami Lebih Gembira

Hasil usaha gigih selama ni akhirnya membuahkan hasil. Pada mulanya tak menjadi.... buat punya buat.... lastly kebun dah semakin membesar. Ada terung hybrid, kelapa, kacang bendi, kangkung, bayam, timun, cili dan lain-lain.

Maka kelmarin adalah hari bersejarah iaitu hari perasmian kebun EcoCanselori. Ada beberapa kebun mewakili setiap jabatan yang bettemoat di bangunan Canselori. Aktiviti dirasmikan oleh Datuk Naib Canselor.

Gembira sebab kebun kami diusahakan 100% oleh kami sendiri. Biji benih yang kami tanam adalah hasil sumbangan dan beli menggunakan duit poket sendiri. Perkara yang paling menggembirakan adalah apa yang ditanam akhirnya menjadi juga. Contohnya timun zucchini yang pads mulanya kami pun tak tau macam mana rupa pokoknya (ni la akibatnya kalau tak ingat apa benda yang ditanam). Begitu juga dengan terung yang sentiasa berbuah tak pandai putus-putus.

Thanks to Ghani (chief bahagian tanaman dan maintenance), Prof DK, Prof Shahril, Ramli, Nik, Hazwani, Nad dan beberapa orang lagi yang selalu turun ke padang untuk mengusahakan tanaman. Walau sesibuk mana pun, waktu petang mesti kena turun juga untuk melawat. 

Perasmian oleh Datuk VC


Penanaman pokok durian Musang King

Pegawai utama tengah melawat kebun kami sebelum berpindah ke kebun jabatan lain

Rupa kebun kami yang terbaharu

Zucchini dah berbuah

Labu pun begitu

Ini saya pun tak tau either habanero chilli atau purple bellpepper. Tu la kalau tak rekod apa benda yang ditanam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!