Rabu, 21 September 2016

Gone Fishin Tengah Laut

Kepada yang tak biasa ke laut dan bercadang untuk mancing tengah laut... jangan lupa makan ubat muntah. Bawa bekalan air dan makanan secukupnya + simpan coklat dalam poket ya. 

Hari tu join ekspedisi mencari lokasi projek penyelidikan, maka teruskan la dengan aktiviti 2 in 1... apa lagi... memancing la. Tapi hari itu cuaca kurang memberangsangkan dan laut beralun. Ikan pula cuti-cuti Malaysia. Citt! Dapat juga la kerapu merah sikit... kerisi sikit etc. Morey eel pun ada tapi dah lepas balik.

Pengalaman memancing tengah laut ni best sebenarnya. Tapi kalau tak biasa... haaa.... mulalah rasa tak selesa. Sana la perangai lain macam akan keluar. Saya bagi tips lagi, untuk elak muntah, cuba bawa baring time tengah tunggu ikan masuk umpan. Yang syoknya lagi mancing tengah laut ni... angin sepoi bahasa. Membuatkan kita rasa nak tidur.

Tak nampak apa kecuali laut


-
-
-
-
-
-
-

Tak sah kalau tak singgah memancing kat jeti lagi. Lepas sahaja balik, sempat la duduk dua tiga jam lagi di jeti. Kot dapat ikan putih pun jadilah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!