Sabtu, 3 September 2016

Beyond Veggie - Untuk Para Vegetarian

Beyond Veggie by Secret Recipe adalah restoran khas yang menghidangkan masakan sayur-sayuran sahaja. Berita gembira untuk para vegetarian dan penggemar makanan sihat. 

Bukan sahaja banyak pilihan menu, malah makanan yang dihidangkan sangat enak dan 'tak rasa seperti sayur' langsung. Ada juga set bento yang pastinya menawarkan masakan yang sedap belaka. Cawangan restoran Beyond Veggie di Sabah kini available di Imago Shopping Mall dan Suria Sabah. 
Jangan ragu-ragu untuk mencuba makanan vegetarian kerana rasanya lebih sedap berbanding makanan biasa, lebih sihat, lebih segar dan ringan. Bagi anda yang nak kuruskan badan, Beyond Veggie adalah tempatnya. :-)

Jangan lupa untuk mencuba tea time promotion pada setiap jam 3PM-6PM.


Saya memilih set bento. Sweet sour mushroom. Tapi tak rasa macam makan sayur langsung tau! Cendawan tu rasa seperti ayam, ditambah dengan kuah masam manis yang cukup lazat. This one? Must try.

Sawi manis dengan sos tiram sentiasa menjadi pilihan. Fresh, crispy and tasty.

Tauhu kering yang digulung, disumbat dengan sayuran lain + bijan dan nori. Dengan kuah manis yang sedap, semestinya menu ini juga menjadi pilihan saya.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!