Isnin, 12 September 2016

Bantu Stray Cats (Kibbles dalam Beg)

Kesian tengok kucing datang ke meja kita minta makan. Nak bagi tulang pun takut bersepah di bawah meja, lepas tu kena tegur oleh pemilik gerai...

Nak bawa kucing balik rumah.... kat rumah dah ada berpuluh ekor kucing... ataupun langsung tak boleh bawa balik sebab mak tak suka kucing. Inilah antara dilema yang peminat kucing hadapi.

Walaupun begitu, kita masih boleh membantu kucing-kucing yang comel ini untuk merasa gembira. Caranya ialah dengan memberi makanan yang enak kepada mereka. 

Langkah-langkah:
  1. Beli makanan kucing (kibbles) dan masukkan makanan tersebut ke plastik yang lebih kecil.
  2. Sentiasa bawa kibbles di dalam handbag anda.
  3. Apabila ternampak kucing jalanan a.k.a stray cat, tuangkan sedikit kibbles untuk mereka makan.
  4. Pilih lokasi sesuai untuk tuang kibbles. Tak semua pemilik premis selesa apabila orang bagi makan kucing kat restoran mereka.
  5. Anda juga boleh buat extra kibbles dalam beg plastik kecil dan edarkan kepada beberapa rakan anda yang minat kucing agar mereka melakukan aktiviti yang sama.
  6. Sambil bantu... sambil kita promosi. Walaupun kita tak dapat nak bawa kucing balik ke rumah, tapi ada ramai lagi rakan-rakan di luar sana yang sudi membuka pintu untuk si comel ini. Kita boleh mention di mana lokasi kucing tersebut terutama di dalam sosial media. Bukan untuk bagitau yang kita dah bagi kucing makan, tetapi memberi ruang kepada yang lain untuk sama-sama membantu.
Saya dah cuba cara ini dan ternyata ianya berjaya. Walaupun tak dapat bawa balik kucing ke rumah, at least kita dapat bantu mereka dengan memberi sedikit makanan dengan harapan dapat mengalas perut dan membuatkan mereka gembira.

Kepada peminat kucing, marilah kita sama-sama membantu mereka ini. :-)

Kucing ini datang minta makanan. Nasib baik ada kibbles. - Lokasi Farvis Curry House, King Fisher

Kucing ni kalau bagi ayam panggang tak nak la pula. Mungkin dah boring makan makanan yang sama tiap hari. Mujur ada kibbles dari Royal Canin ini. Berselera kucing ni makan. Lokasi Medan Selera W.P Labuan.

Satu lagi stray cat yang kelaparan dan minta makan. Syukur ada kibbles ready dalam beg. Lokasi Medan Selera W.P Labuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!