Jumaat, 9 September 2016

Ayam Hotel... -_-

Next time kalau boleh tak nak saya tinggal hotel tu. Kalau boleh la.... Bukan apa.... banyak sangat 'ayam'. Kalau tak menyusahkan tak apa... ni orang tak dapat tidur jadinya. Hissshh!

'Ayam-ayam' yang berkeliaran hanya membuatkan hotel bertaraf 5☆ nampak murah. 

Mula-mula sampai dah ada drama. Tiba-tiba nampak kereta ala-ala teksi (tapi bukan teksi) datang bagi drop satu wanita. Lepas tu ada pula mat salleh kelam kabut pergi jemput wanita tersebut, then ajak pergi minun kat bar. Tapi wanita tu bukan orang local. Muka pun masih macam budak mentah, dengan rambut yang ntah apa. Laaaaa..... rupanya 'ayam'. Yang hantar tadi tu pula 'bap ayam'. Memang famous perkhidmatan calling-calling teman ni. Selalunya mat salleh yang melanggan. Macam mana tau? Alaaa.... dulu kawan kerja airport. Biasa nampak dah bagaimana modus operandi mereka. Lepas say goodbye dengan yang sorang, tak lama lepas tu datang lagi pelanggan lain. 

Okaylah. Nak dijadikan cerita.... malam tu agak lewat baru sampai hotel. Nak juga dalam 1100PM kot. Maklumlah lepas makan malam, lepak bukan main lama. Then pergi lagi round town untuk menghilangkan boring. Akhir sekali masing-masing balik bilik la. 

Sampai bilik, saya sempat lagi tengok TV sambil main game handphone. Masa tengah malam tu suddenly dengar bunyi bising. Mula-mula ingatkan orang mandi swimming pool. Tapi.... bilik saya tak menghadap pool. Makin lama makin bising pula. Ingatkan TV, bukan juga. Ooooo.... rupanya orang bilik sebelah. Memandangkan bilik saya ada pintu connecting, jadi bunyi bising tu punyalah loud and clear. (Tu la saya tak suka connecting room sebab dengar suara orang sebelah).

Orang bergaduh kot? Tapi apasal bunyi gaduh lain macam? Cissss.... rupanya orang tengah projek. Tak guna betul. Dah la bising, then dengar pula segala bunyi dengan jelas. Yang hairannya.... tengah sambil-sambil tu, sambil mereka bercerita pula. Maka dapatlah saya simpulkan di sini bahawa yang lelaki tu mat salleh (berdasarkan dari slang) dan yang perempuan pula... saya teka dari Filipina kot (pun dengar dari slang dia bercakap). Apa lago, terus saya teringat lelaki mat salleh tua dan wanita tempoh hari. Hisssshhhh...!

Memang kureng betul malam tu. Bising dan membuatkan saya tak dapat tidur. Agak dalam jam 0130AM gitu barulah drama stop. Apodah!!

Akhir kata... kecewa sebab tak dapat tidur dengan baik... hisssshhh! Tak senonoh. 

P/S - Berhati-hati, jangan sampai terkena penyakit. $$$ tidak menjanjikan segalanya.

Kecewa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!