Rabu, 28 September 2016

Class... Dot... Dot... Dottt...

I can't focus much in class right now due to brain exaustion and eyes tiredness. So I'm typing something.... just to fill up my mood.

ROUTINE 
New routine... I actually not sure how to react... Perhaps... yay? Super busy, bit excited yet so tired, less TV, more outdoor activities, still a cat lover bla bla bla. Since becoming a nerd fitness, I must follow the schedule carefully. Monday, Wednesday and Friday.(Body toning is also not easy. I can feel my fat burning right now). By the way, fishing activity still run like normal.


BRAIN-A-HOLIC 
Thank you! Thank you so much, the article has been approved. Although it still a long way to go, but I strive to finish my study and I hope it will end up within time allotment. By the way.... I need a vacation 


POST BIRTHDAY
I received lots of gifts from friends and family. Thank you soooo much! Thank you so much for the wishes, cake and party. Later I will write about our holiday in Kundasang recently. I found one suitable place to stay especially for family + warmest greeting + good facilities and of course... wonderful surrounding.


End.

Selasa, 27 September 2016

Mono Design : High Quality and Flexible Eyewear

Tiba masanya untuk buat cermin mata baharu... selepas tiga cermin mata sebelumnya. 

Kali ini saya memilih jenama Mono Design (made in Korea). 

Kenapa Mono Design?

1. Rekaan
Pastinya cermin mata Mono Design menawarkan rekaan moden yang sering menjadi pilihan pengguna masa kini. Memandangkan ianya adalah made in Korea, semestinya rekaan Mono Design nampak 'lebih KPOP', trendy dan kelihatan bergaya.

2. Pilihan Warna
Mono Design juga menawarkan beberapa jenis warna yang cantik kepada pengguna. Tak ada dah macam cermin mata dulu lagi yang asyik bewarna gold atau hitam, sekarang dah ada warna biru, merah, purple atau coklat... dalam rekaan yang lebih moden. 

3. Fleksibel dan ringan
Mono Design eyewear diperbuat dari bahan berkualiti tinggi dan mudah dibawa ke mana sahaja. Tak perlu risau cermin mata patah akibat terlipat, kerana rekaan Mono Design sangat flexible dan tak mudah patah. Boleh dilipat, senang nak sisip di tepi telinga kepada pengguna yang memakai tudung. 

4. Harga
Kebanyakan frame kaca mata yang berkualiti dijual dengan harga yang... agak pricy jugalah. Contohnya GUCCI, frame sahaja dah RM1,100+. Bagi saya pula, Mono Design menawarkan harga berpatutan. Satu frame hanya berharga dalam RM500+ sahaja. 

Frame yang boleh dilentur.

By the way, cermin yang saya pilih ni boleh menyerap sinaran yang berlebihan, sesuai dengan mata silau. Sesuai digunakan ketika siang dan malam serta ketika berada di hadapan PC. Harga untuk cermin (sahaja) adalah dalam range RM650.

Mono Design, made in Korea


Taaaadaaaa!

Ahad, 25 September 2016

Memancing Ikan Lumahan

Salah satu cara menghilangkan tension adalah dengan memancing. Dan apabila dapat banyak ikan, lagilah best. Rasa macam tak nak balik pun ada. Pada 22 September malam tu, lepas kelas terus singgah pergi jeti. Apa tidak... balik-balik dalam group Pancing post gambar dapat tangkap ikan. Tak boleh jadi ni.

Salah satu cara paling senang untuk menangkap ikan lumahan adalah dengan menggunakan mata kail sabit (treble hook). Ikan lumahan berenang di dalam group, apabila mereka timbul di permukaan... apa lagi... sabit sahajalah. Mata kail sabit tidak terhad kepada lumahan sahaja, malah banyak lagi ikan lain yang boleh menjadi sasaran.


Malam tu saya cuba dapatkan 20 ekor ikan lumahan dan akhirnya saya berjaya. Saiz ikan yang berjaya saya perolehi boleh mencecah lebih saiz tapak tangan dewasa. 

Lihat tong rakan saya pula.


Treble hook. source

Malam tu memang best betul memancing kerana dapat banyak ikan.

Thank You Prof ♡

Yay! Tak lama lagi akan sambut ulang tahun kelahiran yang ke dot dot dot ^^. HeHeHe. Tapi saya dah dapat hadiah dari Prof (my boss).

Thank you yang tak terhingga! ♡♡♡. :-)

Kenapa beg? Sebab saya dah kembali ke kelas. Untuk menyenangkan saya bawa buku teks, kena ada beg yang sesuai. Dan... taaadaaa! Saya dah ada satu. Yeay yeay yeay!

Sangat happy yang tak terhingga dapat hadiah beg ni. Dan ianya limited edition. ♡_♡ Takkan tak suka pula. Jadi tahun ni kebetulan dapat beg jenama yang sama, satu dari Tun & Toh Puan... dan satu lagi dari Prof.

Kenapa saya suka beg ni? Of course sebab boleh masuk apa sahaja dalam beg tu. Campak sahaja apa barang... headphone, dompet, buku nota etc... semua muat. Dan tentunya saya sukakan beg yang simple dan tak banyak rambu atau bling bling. ✌

Cat from the next house, Ibi. Selalu singgah datang rumah. Nampak sahaja beg ni, terus datang naik atas meja baring. Macam tau tau saja kucing ni ada barang baru.

Jumaat, 23 September 2016

Bulan pada September 2016

Kepada yang merayakan MoonCake Festival, saya ucapkan selamat menyambut perayaan berkenaan. Terima kasih juga kepada yang berikan moon cakes kepada saya. Tahun ni dapat makan tiga flavors yang berbeza. ♡_♡ Nyam! Nyam!

Perasan tak pada 16 September tu bulan nampak besar dan cantik? SuperMoon? Apa itu SuperMoon? SuperMoon adalah di mana bulan dan bumi berada pada jarak paling dekat... dan fenomena ini tidak selalunya terjadi. By the way, sebenarnya apa yang berlaku pada 16 September 2016 bukanlah fenomena SuperMoon. Ia adalah Harvest Moon a.k.a FullMoon. Walaupun bulan nampak besar tapi masih tak menepati saiz SuperMoon (which is lebih besar). 

Next SuperMoon will be on 16 October 2016, 14 November 2016 (bulan paling hampir) dan 14 Disember 2016. 

19 September 2016, post Harvest Moon. Bulan nampak cantik, cahaya kekuningan. Jadi saya pun tak lepaskan peluang untuk melihat bulan secara lebih dekat menggunakan teleskop saya. Saya ada amik beberapa keping gambar bulan untuk di share:


Amik gambar menggunakan smartphone sahaja - Tiada edit

Pun tak ada edit

Amik gambar menggunakan digital camera - Edited. 

Satu lagi shot guna smartphone - Edited.
Nampak tak Mare Imbrium dan Mare Serenitatis?

Nak tau lebih lanjut mengenai peta bulan, boleh tengok imej di bawah
-
-
-
-
-
-

Dark of the moon a.k.a belakang bulan. Dari Bumi takkan pernah nampak belakang bulan since rotational period sentiasa sama dengan orbital period. Dan inilah rupa bulan yang disebelah lagi. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Rabu, 21 September 2016

Gone Fishin Tengah Laut

Kepada yang tak biasa ke laut dan bercadang untuk mancing tengah laut... jangan lupa makan ubat muntah. Bawa bekalan air dan makanan secukupnya + simpan coklat dalam poket ya. 

Hari tu join ekspedisi mencari lokasi projek penyelidikan, maka teruskan la dengan aktiviti 2 in 1... apa lagi... memancing la. Tapi hari itu cuaca kurang memberangsangkan dan laut beralun. Ikan pula cuti-cuti Malaysia. Citt! Dapat juga la kerapu merah sikit... kerisi sikit etc. Morey eel pun ada tapi dah lepas balik.

Pengalaman memancing tengah laut ni best sebenarnya. Tapi kalau tak biasa... haaa.... mulalah rasa tak selesa. Sana la perangai lain macam akan keluar. Saya bagi tips lagi, untuk elak muntah, cuba bawa baring time tengah tunggu ikan masuk umpan. Yang syoknya lagi mancing tengah laut ni... angin sepoi bahasa. Membuatkan kita rasa nak tidur.

Tak nampak apa kecuali laut


-
-
-
-
-
-
-

Tak sah kalau tak singgah memancing kat jeti lagi. Lepas sahaja balik, sempat la duduk dua tiga jam lagi di jeti. Kot dapat ikan putih pun jadilah. 

Spent Time With Them

Memandangkan parents mereka ni ke luar negara, jadi mereka pun tinggal la kat rumah nenek mereka. Dan memandangkan di runah dah ada lima orang anak buah semuanya... nenek pun penat juga ek. Free time? Boleh bawa jalan-jalan amik angin kat luar. Hafiz pun tak ada masa ni, outstation. Jadi only me and my anak-anak buah sahajalah. Lepaksss on da go!

Mula-mula nak pergi tengok wayang tapi wayang lambat start la pula. A.k.a cam tak ada wayang best sangat. Takkan nak bawa budak-budak tengok Train to Busan? 

Lebih baik bawa ke tempat yang santai sikit. Muzium? ;-)

Lepas pergi Muzium Sabah, kami pun direct ke Signall Hill. Tengok pemandangan seluruh bandaraya Kota Kinabalu yang indah. Dah tu terus direct ke Pantai Tanjung Lipat. Pantai ni kalau Sabtu dan Ahad, sure penuh orang (kecuali time hujan). Sebab pantainya yang cantik, angin sepoi bahasa... siapa yang tak nak pergi, kan? Kami pun tak terkecuali. 

Dah tu kelaparan... makan di Pancake House Karamunsing. Lepas round Karamunsing, pergi ke Pantai Tanjung Aru yang famos ni pula. Sambil beli buah-buahan dan jagung manis (yum...yum!)... terus amik masa lepak tepi pantai. Ramainya orang! Kebetulan cuti sekolah masa ni, memang confirm ramai la. 

Hafiz & Hassya tengah main kad Pokemon mereka. Dah lama lepak... kami pun meneruskan perjalanan ke Centre Point. Biar lambat balik rumah asal gembira. Sambil makan aiskrim.. sambil mencari kad Pokemon (nak tambah koleksi lagi). 

Itu saja ^^♡

Jumaat, 16 September 2016

Pusat Gym UMS

Semalam punyalah semangat nak pergi gym. Dapat senaman 45 minit sebelum kelas pun okay dah.

Oh ya... sebelum tu... UMS ada menyediakan perkhidmatan gym. Kepada yang berminat, bolehlah menggunakan gym UMS. Rate adalah seperti berikut:

  • Pelajar - RM3 per entry / RM40 sebulan
  • Staf UMS - RM5 per entry / RM60 sebulan
  • Orang awam - RM7 per entry / RM80 sebulan
Opening hour :

  • Isnin - Jumaat : 0800AM - 1000PM
  • Ahad & cuti umum : TUTUP


Gym UMS juga menyediakan sewaan basikal, personal trainer dan shower room untuk pelanggan. Untuk maklumat lanjut berkenaan gym kami, boleh layari website UMS.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Bermulanya bulan September yang banyak cuti tapi busy tak sudah. Bermulanya juga kelas dan program 'Fizikal Sihat' version 1.2.

By the way, full moon dan Moon Cake Festival pun berlangsung. Tahun ni dapat tiga biji moon cakes ♡_♡ Bestnya....!

Sebelum itu...

Selepas perasmian EcoCanselori... Tengahari tu saya dan Khai pergi tengok pelajar rayuan mendaftar. Tiba-tiba terserempak pula dengan geng kerja satu bangunan. 

Memandangkan waktu rehat terasa macam panjang, tiba-tiba terfikir nak round Kg. Kibagu yang terletak tak jauh dari UMS. Saja nak tengok keindahan pantai. Airnya berwarna biru, pemandangannya juga cantik. Siapa yang tak pernah pergi lagi... jom melawat Kg. Kibagu. ♡

Konon petang tu sebelum kelas pergilah gym. Buat senaman yang ringan dah cukup. Target? Sado dalam masa dua tahun. Wakakakakakak! Tak ada la. Nak tingkatkan stamina masa kerja tak rasa penat + kelas tak rasa ngantuk + tidur yang selesa. Seriously... senaman amat membantu. 

Rupa-rupanya kelas batal. Cheeeyy! Bagai tiada arah tujuan, malam masih muda dan esok cuti Hari Malaysia... maka kami pun pergilah dinner di UpperStar 1Borneo. 

Sabtu adalah hari Pokemon Hunting besar-besaran. One of my friends adalah kipas susah mati Pokemon dan dah ready untuk beraksi esok. Nasib baik saya tak install Pokemon. Hehehe....

Blah dari UpperStar dan menganggap malam masih tak pandai tua, saya dan Hafiz pun pergilah lepak kat jeti UMS. Apa lagi... sambil memancing la. Pancing dah kena repair, yessss!! Kali ni cuba nasib dengan kaedah sabit. Tapi tak best sangat la sebab malam tu tiba-tiba ramai pula orang. 

Pemandangan jeti pada jam 12 lebih malam. Berangin, tenang dan sunyi.

One of my favorites. 

Goodnight. :-)

Menu Simple Aidiladha & Hari Malaysia

Tak sah kalau tak memasak special menu masa hari cuti. Minggu ni memang ramai orang amik cuti kerana Aidiladha dan Hari Malaysia jatuh pada minggu yang sama. Kebetulan di Ranau sekarang ni tengah berlangsung Pesta Durian, apalagi... jalan pun traffic jam. Apa yang kawan saya bagitau... dari Kundasang nak ke Ranau pun amik masa 2 jam. Padahal 25 minit dah boleh sampai. Begitu punya jam daaa.....

Menu Hari Raya Aidiladha. Okay. Ni first time saya buat kuih lopes ni. Mak mertua ajar. Akhirnya berjaya juga buat. Adunan buat kat kampung, lepas tu rushing balik rumah sebab keesokan harinya Hafiz ada acara... jadi rebus kuih ni kat rumah sahajalah. Boleh pula stok kelapa parut habis untuk buat topping kuih. Malas nak fikir panjang, uli dengan oat pun jadilah. Malah lebih sedap berbanding diuli dengan kelapa. Makan dengan sirap gula melaka, fuh! Sekali rasa nak lagi. Kuih lopes antara kuih tradisional kegemaran saya selain kuih buah melaka.
-
-
-
-
-
Menu sempena Hari Malaysia - Sebenarnya saja memasak special sikit pagi ni untuk sarapan. Nasi lemak dengan ayam goreng. Oleh kerana program makanan sihat kami masih berjalan iaitu menu lebih kepada healthy food seperti sup ayam, grilled vegetable dan lain-lain... hari ni kiranya 'cheat day' la ek. Hehehehe...

Sebenarnya masak nasi lemak ni senang sahaja. Yang penting nasi dan sambal kena sedap kerana itulah yang akan membuatkan nasi lemak anda istimewa. 
-
-
-
-
-
Good thing to do, drink Sencha Green Tea from BOH. Inilah minuman yang paling best dan menyegarkan. Refill banyak kali pun tak apa, malah akan menjadi lebih sedap. Green tea boleh membantu detox badan, menyegarkan tubuh dan meningkatkan mood seharian anda.

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Selamat Hari Malaysia :-)

Kebun Kami Lebih Gembira

Hasil usaha gigih selama ni akhirnya membuahkan hasil. Pada mulanya tak menjadi.... buat punya buat.... lastly kebun dah semakin membesar. Ada terung hybrid, kelapa, kacang bendi, kangkung, bayam, timun, cili dan lain-lain.

Maka kelmarin adalah hari bersejarah iaitu hari perasmian kebun EcoCanselori. Ada beberapa kebun mewakili setiap jabatan yang bettemoat di bangunan Canselori. Aktiviti dirasmikan oleh Datuk Naib Canselor.

Gembira sebab kebun kami diusahakan 100% oleh kami sendiri. Biji benih yang kami tanam adalah hasil sumbangan dan beli menggunakan duit poket sendiri. Perkara yang paling menggembirakan adalah apa yang ditanam akhirnya menjadi juga. Contohnya timun zucchini yang pads mulanya kami pun tak tau macam mana rupa pokoknya (ni la akibatnya kalau tak ingat apa benda yang ditanam). Begitu juga dengan terung yang sentiasa berbuah tak pandai putus-putus.

Thanks to Ghani (chief bahagian tanaman dan maintenance), Prof DK, Prof Shahril, Ramli, Nik, Hazwani, Nad dan beberapa orang lagi yang selalu turun ke padang untuk mengusahakan tanaman. Walau sesibuk mana pun, waktu petang mesti kena turun juga untuk melawat. 

Perasmian oleh Datuk VC


Penanaman pokok durian Musang King

Pegawai utama tengah melawat kebun kami sebelum berpindah ke kebun jabatan lain

Rupa kebun kami yang terbaharu

Zucchini dah berbuah

Labu pun begitu

Ini saya pun tak tau either habanero chilli atau purple bellpepper. Tu la kalau tak rekod apa benda yang ditanam.

Khamis, 15 September 2016

Kembali ke Kelas. LaLaLa

Dah beberapa hari nak update blog tapi asyik mengantuk. So malam ni boleh update kot (walaupun mata dah ngeng ngeng ngeng tapi masih boleh bertahan lagi).

This month? Super duper busy. Saya pun dah start masuk kelas kembali dan harap boleh polish balik benda yang dah belajar dulu. Seriously bersedia fizikal dan mental tapi tak sampai 100%. 1% masih ke arah lain. Berharap boleh capture semua apa yang di ajar. Plus... orang lain semua nampak terrer bebenar. Thank goodness semalam tak ada kelas memandangkan semua orang masih bercuti-cuti Malaysia. Boleh la relax sikit.

By the way, akhirnya tercapai juga impian selama ini, walaupun bingung juga berfikir nak atau tak nak. Final decision pilih jawapan 'ya' dan perlu yakin untuk dapat habiskan on time. Next stage akan fikir lepas tu + (additional) money talk.... OKAY? (Kena ada kewangan yang baik juga memandangkan ianya tak free.


This is me with my colleague duduk relax sebelum mula kelas. Of course tak sempat nak balik rumah sebab kelas mula jam 7PM. Habis waktu bekerja pada jam 0530PM... itupun belum tau lagi kerja dah betul-betul siap atau tak. Honestly, rasa badan agak berkulat. Brrrr....!! Semoga dipermudahkan segala urusan.

Alright... untuk meningkatkan mutu penglihatan yang kini makin tak best.... akhirnya saya buat jugalah kaca mata. Bukan apa, malam terutamanya tak nampak jalan. Lebih-lebih lagi kalau jalan gelap then tiba-tiba ada kereta lalu arah bertentangan... mata pandai jadi blind sekejap. Aiyoyo.... kronik. Plus hujan lagi, super kronik la jawabnya. Check guna machine, eyesight tak berapa bagus. (R) 275 + silau (L) 250. However, keputusan test mata manual tentulah berbeza dari yang machine. Final result... I won't tell anyone. -_-

Memandangkan saya suka design yang simple, ringan dan nak kaca mata yang tak cerewet dan tak mudah patah... saya memilih jenama Mono Design, Made in Korea. Next page saya akan buat review untuk brand ini. 

The exciting part bukan masa dapat spec tu tapi masa membayar. Grrr....!

Isnin, 12 September 2016

Bantu Stray Cats (Kibbles dalam Beg)

Kesian tengok kucing datang ke meja kita minta makan. Nak bagi tulang pun takut bersepah di bawah meja, lepas tu kena tegur oleh pemilik gerai...

Nak bawa kucing balik rumah.... kat rumah dah ada berpuluh ekor kucing... ataupun langsung tak boleh bawa balik sebab mak tak suka kucing. Inilah antara dilema yang peminat kucing hadapi.

Walaupun begitu, kita masih boleh membantu kucing-kucing yang comel ini untuk merasa gembira. Caranya ialah dengan memberi makanan yang enak kepada mereka. 

Langkah-langkah:
  1. Beli makanan kucing (kibbles) dan masukkan makanan tersebut ke plastik yang lebih kecil.
  2. Sentiasa bawa kibbles di dalam handbag anda.
  3. Apabila ternampak kucing jalanan a.k.a stray cat, tuangkan sedikit kibbles untuk mereka makan.
  4. Pilih lokasi sesuai untuk tuang kibbles. Tak semua pemilik premis selesa apabila orang bagi makan kucing kat restoran mereka.
  5. Anda juga boleh buat extra kibbles dalam beg plastik kecil dan edarkan kepada beberapa rakan anda yang minat kucing agar mereka melakukan aktiviti yang sama.
  6. Sambil bantu... sambil kita promosi. Walaupun kita tak dapat nak bawa kucing balik ke rumah, tapi ada ramai lagi rakan-rakan di luar sana yang sudi membuka pintu untuk si comel ini. Kita boleh mention di mana lokasi kucing tersebut terutama di dalam sosial media. Bukan untuk bagitau yang kita dah bagi kucing makan, tetapi memberi ruang kepada yang lain untuk sama-sama membantu.
Saya dah cuba cara ini dan ternyata ianya berjaya. Walaupun tak dapat bawa balik kucing ke rumah, at least kita dapat bantu mereka dengan memberi sedikit makanan dengan harapan dapat mengalas perut dan membuatkan mereka gembira.

Kepada peminat kucing, marilah kita sama-sama membantu mereka ini. :-)

Kucing ini datang minta makanan. Nasib baik ada kibbles. - Lokasi Farvis Curry House, King Fisher

Kucing ni kalau bagi ayam panggang tak nak la pula. Mungkin dah boring makan makanan yang sama tiap hari. Mujur ada kibbles dari Royal Canin ini. Berselera kucing ni makan. Lokasi Medan Selera W.P Labuan.

Satu lagi stray cat yang kelaparan dan minta makan. Syukur ada kibbles ready dalam beg. Lokasi Medan Selera W.P Labuan

Ahad, 11 September 2016

Mimi Si Kucing Jeti

Semalam angin punyalah sejuk. Rasa macam musim sejuk pula. Dahlah tak bawa jaket, tahan sajalah... nak pergi lepak kat jeti punya pasal. 

Dah seminggu hujan asyik turun. Mungkin tu la yang menyebabkan cuaca malam pun sejuk juga. Nasib baik ada Mimi, kucing yang jaga jeti UMS. Nampak gayanya Mimi relax saja. Tengok air laut macam tak ada perasaan. Dapat makan free ikan fresh pula tu. 

Sambil melayan pancing, sambil juga saya temankan Mimi makan. Lepas tu bawa dia bercerita macam la dia faham apa yang saya cakap. Sedap juga peluk Mimi ni sebab badan dia panas.

Sebenarnya kucing ni tak la 24 jam duduk di jeti. Kadang-kadang dia pindah ke bengkel bot. Malam datang balik ke jeti sebab Mimi tau ada makanan free kena bagi oleh si pemancing tegar. Dapat tiga ekor ikan fresh malam tu dah memadai. Dengan perut yang sarat mengandung, Mimi masih boleh bermanja dengan sesiapa pun. 

Mimi sedang makan ikan segar yang baru sahaja ditangkap

Pemandangan semalam yang cantik

Bawa Mimi lepak sambil layan udara sejuk

Seronok dapat kenal Mimi sebab kucing ni manja

Pak Tam dapat ikan Senangin

Menara jam UMS yang sentiasa kelihatan indah. Jam 0150AM ketika gambar diambil

Kenapa Mimi? Sebenarnya kucing ni tak ada nama pun. Oleh kerana saya suka gelar kucing sebagai Mimiaw... jadi saya terus namakan kucing ni sebagai Mimi. :-) 

Tak sabar nak tengok anak Mimi nanti. Mungkin ada lima ekor kot? ♡