Sabtu, 6 Ogos 2016

Tropicana Frutz Sparkling Juice ♡

Sekian lama kenal dan berkhidmat dengan Prof, saya pun terikut-ikut suka minum jus epal. Asal sahaja outstation, mesti kena beli jus epal. Antara jenama yang sering menjadi pilihan ialah brand Tropicana.
 
Sekarang ni Tropicana ada mengeluarkan produk baharu iaitu Tropicana Frutz Sparkling. Rasanya sama sahaja seperti sebelum ni cuma lebih meriah sebab ada karbornat. Rasanya saya lagi suka yang ni. Lebih-lebih lagi kalau tengah kering tekak, pas tu minum Tropicana Frutz Sparkling yang baru keluar dari peti ais... memang best la. 
 
Tropicana Frutz Sparkling available dalam dua perisa iaitu epal dan orange. Dijual di mana-mana kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Orange, Mesra dan lain-lain lagi dalam lingkungan harga RM2.50+ sahaja. Minuman ini juga diperkaya dengan Vitamin C dan tidak terlalu manis. 
 
Kalau tak try lagi, memang kena try juga. ♡ :-)
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!