Isnin, 15 Ogos 2016

Trip to Miri - Part 2

Cerita pergi Miri tak habis lagi. Ni sambung Trip to Miri- Part 2. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

BINTANG MEGAMALL
Sebelum tu... nak promote dulu kedai jual aiskrim yang best iaitu N2 The Lab. Kenapa best? Sebab adunan aiskrim akan terus dibuat on the spot dan dibekukan menggunakan cecair nitrogen. Satu cawan aiskrim dijual dengan harga RM12.90 (ikut perisa). Selain tu ada juga jual snek seperti keropok bebola sotong, keropok kacang hijau dan lain-lain. Paling best apabila anda makan keropok ni, ia akan disaluti dengan nitrogen terlebih dahulu agar nampak lebih unik... Maksudnya wap sejuk nitrogen tu akan berkepul-kepul keluar dari keropok tu.


Proses pembuatan aiskrim menggunakan liquid nitrogen. Nampak tak asap yang keluar tu? Itulah cecair nitrogen.

Taaadaaa! Inilah rupa aiskrim saya. On the spot siap dan berperisa Oreo. Nyum! Nyum! Kurang manis dan gluten free. 

P/S - Ada banyak lagi shopping mall di Miri tang best tapi tak sempat nak pergi semua. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MAKANAN LOCAL SARAWAK

Kalau datang ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba local food. Antara makanan yang paling famos adalah mi kolok. Rata-rata di semua kedai ada menjual mi kolok, tinggal nak pilih yang mana satu sahaja yang anda suka. Ada mi kolok daging atau ayam. Kalau nak campur kedua-duanya sekali pun boleh.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


MIRI HANDICRAFT CENTRE

Tak tau mana nak beli barangan kraftangan dan souvenir untuk kawan-kawan? Pergi ke Miri Handicraft Centre. Di pusat ini bukan sahaja ada beberapa pilihan kedai yang menjual barangan kraftangan, anda juga boleh ke kafe berdekatan kalau rasa nak mengisi perut atau menghilangkan dahaga. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TAMU DI MIRI 



Jika berkunjung ke Miri, jangan lupa juga untuk singgah ke Tamu Muhibbah dan Tamu Kedayan yang hanya terletak bersebelahan. Tamu ini dibuka setiap hari dan jika hendak membeli kuih-kuih kering, gula apong, gambir atau rempah ratus... anda bolehlah berkunjung ke tamu yang disediakan ini. Seronok melihat aktiviti penduduk Miri berjual beli. Selain itu, tamu di Miri sentiasa tersusun dan bersih. ♡
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
MIRI CITY FAN PARK



Tempat yang wajib anda berkunjung adalah Taman Miri City Fan. Taman ini sentiasa dijaga rapi, sangat cantik dan bersih. Di petang hari akan ramai orang beriadah di taman ini.
Chinese Garden yang diwujudkan di Miri City Fan Park ini adalah antara tarikan yang ada. Suasana yang nyaman dan damai boleh menenangkan fikiran. Tak ada sebarang bayaran yang dikenakan okay ;-)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Till we meet again Miri! Next trip nak ke Gua Niah pula ;-)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!