Selasa, 16 Ogos 2016

Trip to Magandai, Kota Marudu

12 - 14 Ogos 2016, ekspedisi ke Kota Marudu.

Mulanya memang tak bercadang nak join pun. Tapi last minute ubah fikiran sebab kebetulan ada dua orang lagi kawan saya pun turut serta. Maklumlah kalau ikut ekspedisi macam ni... kena juga ada peserta perempuan yang lain. Ada teman nak bercerita. P/S - Line telefon Celcom dan DiGi tak ada kat sini. Tapi Maxis boleh masuk line.

Tujuan kami ke Magandai adalah untuk aktiviti khidmat masyarakat dan melihat kembali keadaan penduduk di sana setelah beberapa kali mengadakan lawatan ke tempat yang sama.  

Kali ni trip agak lasak kerana melibatkan jalan kurang baik dan kawasan perkampungan yang terletak jauh di dalam. Saya bertolak dari rumah pada jam 9.30PM ikut keta Prof. Kami beramai-ramai bertolak dari pekan Kota Marudu pula pada waktu tengah malam dan sampai ke SK Magandai pada jam 5.30AM. Tidur pun sekejap sahaja. Tak sampai sejam kot. Lepas tu terus sambung aktiviti lain. Dua hari tak tidur la kiranya ni. :-b

P/S - Untuk maklumat lanjut berkenaan SK Magandai, boleh layari Facebook SK Magandai.


Inilah suasana perjalanan kami. Nasib baik tak hujan, kalau tak lagi lambat kami akan sampai. Perlu meredah hutan belantara, sungai, lopak dan sebagainya untuk sampai ke Magandai. Bayangkan bagaimana penduduk kampung kena berjalan untuk sampai ke pekan?


Kira-kira jam 0730AM kami pun bersarapan dan bersiap untuk hiking ke kampung sebelah dalam. Yang tak ikut hiking pula bersiap nak pergi off road. Dah banyak tempat saya pergi hiking seperti di Danum Valley, Maliau Basin dan Bukit Lambir... Tapi saya akui... antara banyak trail tu, kali ni la yang paling mencabar. 

Masih ramai penduduk Magandai yang mengekalkan rumah tradisional begini.

Kami memulakan perjalanan kami sekitar jam 0940AM dan dimulakan dengan sungai yang sejuk dan jernih ini. ♡

Sepanjang perjalanan kami perlu meredah empat buah bukit dan tingginya bukan alang-alang. Betapa susahnya orang kampung yang tinggal di dalam untuk sampai ke pekan. Mereka perlu berjalan kaki selama beberapa jam. Kanak-kanak yang ingin pergi ke sekolah perlu berusaha gigih merentas hutan. Ditambah lagi hutan ini mempunyai haiwan seperti beruang madu, ular dan serangga berbisa lain. 

Saya berharap pihak terlibat dapat memikirkan sesuatu untuk memajukan kawasan Magandai ini. Paling utama bekalan air dan elektrik serta jalan raya yang benar-benar memerlukan penambahbaikan. Sampai bila penduduk kawasan pedalaman Sabah tidak dapat menikmati fasiliti seperti tempat lain, sedangkan kita semakin hampir ke tahun 2020. Jika FELDA dapat dibangunkan dan setiap kali pun diberi keistimewaan, bagaimana pula dengan penduduk di kawasan seperti ini? 

Ini antara jalan yang perlu kami lalui. Berbaloi untuk sampai ke sini kerana pemandangan di puncak bukit sangat indah.

Kami bergerak pada jam 0940AM dan hanya sampai ke kawasan kampung ini pada jam 1215PM. Hanya ada beberapa buah rumah dan tersentuh hati melihat keadaan mereka di sini. Tiada elektrik, tiada fasiliti yang baik boleh dirasai. Mereka hanya melakukan kerja kampung dan menjual getah skrub dengan harga 80sen sekilo. Cuba tengok atap hadapan rumah ini diperbuat dari daun apa. Daun buah tarap.


Setelah itu kami teruskan perjalanan ke kampung bersebelahan dan mempunyai tempat kediaman yang lebih tradisional. Menurut seorang cikgu yang bertugas di SK Magandai, pihak Muzium Sabah pernah ke sini untuk meniru rekaan rumah penduduk kampung. Replika itu lalu dipamerkan di Muzium Sabah pada masa ini.


Ada di antara penduduk kampung di sini yang bergantung kepada kuasa solar. Itupun tidaklah sebanyak mana. Line telefon confirm tak ada, malah masih ramai yang tidak memiliki telefon bimbit pun. 

Walaubagaimanapun, mereka di sini hidup dengan aman. Tiada bunyi bising kenderaan, tiada pencemaran, keluarga masih boleh bercerita tanpa gangguan telefon masing-masing.

Kami sampai ke SK Magandai kembali pada jam 0500PM. Terus kelaparan yang amat sangat. Lepas makan dan minum, terus mandi dan rehat sebaiknya. Malam tu ada aktiviti lagi seperti BBQ dan aktiviti motivasi untuk kanak-kanak sekolah. Tapi minta maaf memang tak terjoin. Hehe...

Keesokan harinya sebelum balik ke Kota Kinabalu, kami melakukan aktiviti penanaman anak pokok dan dibantu oleh kanak-kanak sekolah. Sebanyak 100 anak pokok buah-buahan ditanam di sini dengan harapan beberapa tahun kemudian ianya akan membuahkan hasil :-)

Sebagai bukti saya sampai ke Magandai. Tak sangka akan sampai ke sini akhirnya.

Sesi pemberian beras kepada penduduk kampung
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perjalanan balik



Kru kami




Selesai sahaja dari pekan Kota Marudu, kena singgah dulu tepi jalan beli jagung panggang. Antara jagung pulut dan jagung manis... saya lebih menyukai jagung manis. 

Bulan yang cantik. Selamat sampai di rumah selepas itu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Semoga kita bertemu lagi di lain hari. :-)

♤ BLOOPERS ♤


3 ulasan:

  1. Terbaiklah..ha ha ha.....jom pi lagi lina.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahahaah! Bulan 12 ni kak ada lagi

      Padam
  2. Kompom ikut ye kita. Kali kedua ni, nak masuk ke sana dan betul2 buat benda berbaloi. Bah, mintalah borang membership tu. he he he

    BalasPadam

Terima kasih!