Ahad, 21 Ogos 2016

Trip to Labuan August 2016 - Part 1

Seperti yang dijanjikan di page yang lalu... nak share cerita short trip kami ke Labuan.

Kali ni memang best. Tiga kereta konvoi menuju ke Labuan. Seperti biasa. Percutian bajet dan stay one night sahaja. Total person including my mum... ada 10 orang. Sebenarnya tujuan utama kami ke Labuan ni sebab nak menunaikan hasrat yang dah lama disimpan aitu mengetuk tiram. Plan ni dah lama kami buat tapi susah nak bagi jadi. Maklumlah... hujung minggu ada yang kerja luar pejabat la, kenduri kahwin la... macam-macam alasan. 

Akhirnya tertunai juga hasrat ni pada 20-21 Ogos 2016, yang pada asalnya menjadi tarikh keramat kami untuk ke Bali.... waaaaa! T.T Tak dapat ke Bali, ke Labuan pun jadilah. Hehehehe....



Sekarang operasi feri dah kena extend. Feri malam pun ada... dan boleh pilih nak naik feri apa. Jadi kami pilih feri Wawasan Perdana sebab masa tak terlalu awal dan lewat (berlepas jam 1030AM) dari Menumbok).

Feri ni dulu pernah terbakar dan menyebabkan ruang penumpang dah tak ada aircond. Kalau nak rasa angin yang sepoi bahasa, pergi ke bahagian luar feri. Lepas tu cari port sesuai dan apa lagi... layannn.... . .  .

Me and BFF. WaWaWa!

Petang tu lepas check-in, kami meneruskan perjalanan ke kampung saya iaitu di Tanjung Kubong! Rindunya dengan tempat ni. Sebelum ke pantai, kami sempat singgah melawat chimney. Dulu masa kecil selalu main kat tepi chimney ni. Rumah arwah Datuk betul-betul dibina sebelah chimney sebelum tanah ini diambil alih pihak kerajaan. 

Apa boleh buat....

Sampai sahaja kampung dah cukup excited nak ke pantai. So masing-masing guna sunblock la, pakai topi yang baru dibeli la etc. Saya pun punyalah excited nak pergi pantai. Lama dah rasanya tak melawat pantai Tanjung Kubong yang terletak hanya 10 minit dari rumah.





Syukur masa kami sampai, keadaan air surut (jangan lupa tengok kalender pasang surut). Apa lagi... meniram terus la. Balik nanti nak buat umai. Kawan-kawan pun dah dapat experience baru dengan mengetuk tiram ^^

Apa yanh best mengenai pantai Tanjung Kubong, pantai ni cantik. Lebih-lebih lagi ketika air surut. Walau bagaimanapun, bila ke tempat begini kena ada tatacaranya kan? Tak boleh nak buang air sembarang, buang sampah merata-rata mahupun buat perkara tak senonoh. 




Malam tu lepas balik dari meniram, terus BBQ. Menu adalah ikan, ayam, jagung, sosej dan remis panggang. Plus ulam-ulaman, umai tiram... special menu from my aunty - ayam kari, sayur labu putih dan sayur tarap muda masak lemak.... fuhh!! Semua asyik tambah dua tiga kali.

Happy tummy terusss. Balik hotel... tengok DLCW lawan badminton untuk Olimpic, then tidur sebab penat sesangat.
Pengguna Android, jangan lupa download application Snow! Pasti tergelak tengok muka lucu sendiri.
-
-
-
-
-
-
-
Lepak with my BFF di luar feri >.<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!