Isnin, 22 Ogos 2016

Trip to Labuan August 2016 - Part 2

Sambung cerita Part 2.

Memandangkan ini adalah percutian singkat, jadi semua lawatan pun jadi singkat juga. HaHaHa! Tak apa... lain kali boleh melawat lagi. 

Awal pagi dah berjalan ke tamu. Apa yang best mengenai tamu di Labuan, banyak jual makanan dan kuih muih tradisional. Kuih dibungkus comel-comel dan dijual dengan harga serendah RM1. Selain itu, tamu di Labuan juga ada menjual sayur-sayuran, jeruk, pakaian dan tanaman. Wajib berkunjung ke sana pada hari Ahad. Tempat tamu dibuka adalah di sekitar Muzium Labuan atau Perpustakaan Labuan. Kalau nak cari sarapan pagi, boleh la ke Tamu Labuan.

Si kucing gemuk yang saya jumpa tengah relax atas meja kaunter di kedai runcit di Lubuk Temiang. Pemalas betul kucing ni + berat.





Selepas check-out hotel, tanpa membuang masa, kami terus ke Muzium Marin di Kompleks Sukan Laut Labuan yang terletak tak jauh dari Mawilla Seafood Restaurant. Boleh tengok ikan di dalam akuarium yang sure cantik di sana. Masuk adalah percuma :-)


Lepas tu terus ke War Memorial Labuan. Tempat ni sangat cantik dan bersih. Setiap tahun rakyat Australia akan ke sini sebagai memperingati ahli keluarga yang telah terkorban di dalam perang. Ada tatacara ketika memasuki tempat ini seperti dilarang membuat bising, bermain dan lain-lain perkara negatif, okay?



Lawatan seterusnya mestilah ke UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Melawat sekejap sahaja untuk tengok keadaan di sini.  ^^ Damai rasana berads di tepi laut. Sempat tengok tanaman yang ditanam oleh Pegawai-Pegawai Utama dan tetamu VVIP UMS.






Tempat terakhir yang dikunjungi sebelum meninggalkan Labuan adalah Peace Park ataupun Taman Damai. Taman ini terletak tak jauh dari UMSKAL. Pemandangan di taman ini begitu aman. Di hadapan taman ini pula adalah pantai yanh begitu indah. Sesuai untuk keluarga atau teman-teman yang ingin berkelah. 

Peace is the best!


Apa-apapun, trip ke Labuan kali ini sangat seronok... rakan-rakan pun supporting habis. Next time ingat nak buat lagi trip macam ni. Walaupun sekejap, tapi amat berbaloi. Dengan bajet yang murah, makanan yang enak dan aktiviti menghiburkan... this is the best trip ever!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!