Sabtu, 27 Ogos 2016

Tema Hari ini - Hari Sihat

Lama dah rasanya tak bersenam di hujung minggu gara-gara terlalu sibuk. Minggu ni keadaan okay sikit. Dan bermula la kembali 'hari sihat' yang dah beberapa minggu tak digerakkan nih. 

Lepas bangun pagi... kena buat kerja rumah dulu. Mop lantai, susun atur perabot, siram pokok bunga dan bla bla bla. Secara tak langsung peluh dah keluar sikit la. After semua kerja dah siap, barulah boleh bersenam. Jeng jeng jeng!

Buat senaman ringan selama sejam, okay la tu. Pasangkan lagu yang best agar tak bosan. Saya rasa badan erus rasa ringan selepas bersenam. Tema hari ini - Hari Sihat.

Lepas bersenam, bancuhlah secawan dua BOH Sencha Green Tea panas. Bukan sahaja boleh membuang toksik dari badan, malah menghilangkan dahaga dan membuatkan tubuh lebih segar. ♡

Sebenarnya seuncang teh boleh digunakan banyak kali. Jadi saya bukan hanya minum secawan BOH Sencha Green Tea, ntah berapa kali dah buat. Walaubagaimanapun, setiap kali refill, rasanya akan menjadi lebih sedap.

Waktu petang, jam 0530PM. Mula power walking dengan Hafiz. Sebelum tu, jalan raya jem. Orang nak balik kampung atau shopping kot. Maklumlah dah gaji. Apa-apapun, kami bersedia untuk mengeluarkan peluh. :-)

Hari ni cuaca sangat cantik. Langit biru dan awan kelihatan menarik. Matahari tak begitu terik, sederhana cerah. Angin bertiup lembut. Seronok bersenam petang ni. Ada juga orang lain buat aktiviti yang sama. 

Bermula dari Dewan Canselor sehingga ke jeti... dianggarkan sejauh 2KM. Sebelum balik, sempat tengok matahari terbenam. Bunyi ombak dan bau laut amat menenangkan. Tak ingat dah hal-hal kerja semua tu. Luas pemandangan. Cantik tak terkata. 


Malam ni sebagai penutup tema Hari Sihat, saya masak menu special. Sup sayur sawi dan ikan salmon panggang. Tak banyak bahan digunakan. Sedap dimakan ketika panas. 

Saya akan kongsikan resepi grill salmon pada page berikutnya. :-) 

Okay!

☆☆☆☆☆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!