Ahad, 21 Ogos 2016

Sambil Menunggu...

Dalam kereta tengah tunggu feri berlabuh... Sekarang ni servis feri dah semakin baik. Kalau dulu 3 jam juga naik feri dari Menumbok ke Labuan. Sekarang ni satu setengah jam sahaja dah sampai.

Memang best la pergi meniram (mengetuk tiram) di pantai. Lama rasanya tak buat aktiviti ni. Next page la saya cerita pasal trip to Labuan August 2016 dengan kawan sepejabat saya.

Ingat esok nak bercuti tapi tak dapat pula. Ada taklimat Risk Management kena buat dengan beberapa fakulti. Tak apa. Nanti pun boleh juga cuti ^^. Kalau ikut esok kena pergi Sandakan. Lepas tu straight pergi Lahad Datu. Nasib baik juga tak jadi. Kalau tak... memang tak stop la berjalan bulan ni.

Oh ya! Nak cerita pasal bunga. Akhirnya bunga yang kena bagi oleh kawan saya ni menjadi juga. Mula-mula tu batang sahaja. Lepas tu kawan saya kata try la tanam. Saya tanam la, then hari-hari siram. Tak juga tumbuh pucuk. Tapi bunga ni tak juga mati. Lastly tumbuh, dan... taadaaa! Dah jadi begini dah 😁 Gembira tengok. Tak sabar nak tengok bunga ni membesar. 

Orang kata kalau tangan panas, tanaman tak pandai menjadi. Saya pun tak tau betul atau tak. Tapi seronok tengok kalau tanaman kita berbunga atau berbuah. ^^ ♡ Saya ada tanam pokok nanas Taiwan Madu yang saya dapat dari Datuk Yap. Datuk kata... nanas kena tunggu setahun lepas tanam baru akan berbuah. Jadi saya tengah menunggu berita baik dari nanas saya sahaja ni. Setakat ni tumbuh subur. 

Ingat petang ni nak pergi jogging. Tapi rasanya tak sempat kot. Sebab feri ni lambat berlabuh! Kena tunggu turn lagi T.T Hafiz pun tak ada. Pergi Sandakan. Kami ni asyik ber switch sahaja. HuHuHu... apa boleh buat. 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Oh ya! Terima kasih Tun dan Toh Puan atas pemberian hadiah ni. ^^ ♡♡♡ See you on September!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!