Ahad, 28 Ogos 2016

Resepi Ikan Salmon Panggang Simple

Bahan-bahan:
  • 1 potong ikan salmon
  • Secubit garam
  • Limau purut / lemon (kalau tak ada boleh guna limau kasturi)
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Secubit serbuk Oregano
  • 2 ulas bawang putih (optional)
  • 1 sudu makan sos ikan (optional)
  • Minyak zaitun untuk memanggang (kalau guna minyak biasa pun boleh)

Cara-caranya:
  • Perap ikan salmon bersama garam, perahan jus limau / lemon, serbuk lada hitam, oregano, bawang putih dan sos ikan.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Panaskan kuali pemanggang. Curahkan sedikit minyak zaitun.
  • Panggang ikan salmon selama 10 minit.
  • Apabila ikan kelihatan keperangan dan naik bau, tutupkan api dan sedia dihidangkan.
  • Taburkan serbuk lada hitam di atas ikan. 
  • Perahkan jus lemon/limau untuk rasa yang lebih sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!