Selasa, 16 Ogos 2016

Resepi Asparagus Goreng dengan Udang dan Bilis

Bahan-bahannya:
  • 1 ikat asparagus
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • Isi udang basah
  • 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sudu teh gula pasir
  • Secubit secukup rasa (optional)
  • Minyak untuk menumis


Cara-caranya:
  • Tuangkan sedikit minyak untuk menumis. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
  • Apabila naik bau, masukkan ikan bilis dan biarkan sementara sehingga nampak keperangan.
  • Masukkan isi udang basah dan tuang sos tiram, garam, gula pasir dan sedikit secukup rasa.
  • Masukkan sayur asparagus dan tumis sehingga nampak sedikit layu.
  • Siap dihidangkan. Sedap dimakan ketika panas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!