Sabtu, 20 Ogos 2016

Long Time No Practice

Gara-gara nampak gambar bukan main cantik masa trip to Magandai hari tu, terus minat meng edit gambar timbul balik. Lama dah tak edit gambar. Banyak main terus masuk dalam blog macam tu sahaja. Maklumlah. Nak ekspres. Kalau edit gambar ni amik masa lagi.

Jadi saya share sikit la gambar-gambar yang telah di touch-up. Skill memang banyak lagi perlu saya pelajari. Tapi kampung-kampung boleh la...

P/S - Semua gambar di ambil menggunakan smartphone Note 4 saya sahaja. 

Ni gambar waktu senja di UMS. Masa ni tengah beriadah dengan basikal bersama kawan satu office. 

Ni gambar sekitar kampung halaman saya di Labuan. Waktu air surut, macam ni la rupanya. Labuan! Wait for me. (Hari ni nak ke Labuan)

Ni lagi satu gambar di Labuan. 

Ini gambar semasa ekspedisi ke Magandai baru-baru ni. Saya naik keta ni, keta Prof. 

Gambar ni diambil waktu senja semasa saya berada di Xian, China. ♡

Ni pula gambar rakan satu pejabat saya. Waktu ni kami berada di Beijing.

Yang ni masa trip ke Hong Kong tahun lepas. Dalam LRT tengah duduk bersembang.
-
-
-
-
-
-
-
-
Errr.... hahahahaha! Ni contoh tandas hotel bajet di Hong Kong. Kecil sahaja. But its okay. Masih boleh mandi lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!