Isnin, 1 Ogos 2016

Kasut Clarks Softwear, Ideal untuk yang Aktif di Pejabat

Kepada yang nak cari kasut formal bertutup yang selesa, anda boleh pilih jenama Clarks iaitu Clarks Softwear. Kasut ini direka khas untuk keselesaan pengguna, menepati citarasa dan sesuai digunakan di pejabat atau kasual. 

Sebenarnya saya dah beli kasut ni pada tahun 2014 lagi. Tapi time tu malas nak pakai sebab dah ada kasut lain. Lagipun saya tak berapa minat sangat kasut bertutup. Selalu sakit kaki bila pakai. >.< Kasut ni pun saya terima dari hadiah hantaran perkahwinan. Yalah... daripada lama simpan kat dalam kabinet... lebih baik digunakan.

Mula-mula pakai kasut ni agak tak berapa selesa. Mungkin kasut tak kembang lagi kot. Rasa sakit skit di hujung kaki. Tapi bila dah seminggu pakai... dah start okay dah. Selesa! Sesuai pakai kat pejabat sebab ada aircond, jadi kalau kasut bertutup ni tak rasa sejuk sangat  Kalau nak pakai kasual dan dipadankan dengan jeans pun cantik juga. 

Kasut Clarks Softwear yang saya miliki ini, tumit berketinggian dalam 3 inci. Saya jenis yang aktif bergerak dan selalu outstation, tapi kaki still okay bila pakai kasut ni. Tak rasa pula macam tinggi sangat. Yalah. Ada certain shoes memang rasa tak selesa nak pakai. Jalan pun tak balance (tumit lembut). 

Walaupun begitu, kasut macam ni... kalau dah pakai lama sangat pun memanglah akan sakit kaki juga. Even kasut jenama lain pun sama. Tapi bagi saya, Clarks masih termasuk dalam golongan the best brands selain Scholl dan Hush Puppies.

Oh ya... lagi satu. Saya ni jenis malas nak pakai sarung kaki. HeHe... Jadi untuk mengelakkan bau yang tak diingini, boleh semburkan shoe spray. Sekali sembur boleh tahan lebih 8 jam. Dan yang penting sekali, kaki tak berpeluh. Jenama spray yang saya syorkan ialah Scholl. 

Okay. Untuk maklumat lanjut berkenaan Clarks, boleh layari laman web mereka. Harga kasut Clarks mungkin sedikit mahal berbanding kasut lain tapi masih berada dalam harga mampu milik. Sesuai terutama kepada yang mementingkan kualiti, yang jenis suka pakai kasut tu sampailah buruk (tahan lama la maksudnya), sukakan keselesaan dan memiliki citarasa yang simple. 

Clarks Softwear, grey in color. Harga RM300+.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!