Jumaat, 19 Ogos 2016

Jalan, Jalan dan Jalan

Bulan ni kiranya banyak ke sana ke mari. Maksud saya, travelling. Saya senaraikanlah mengikut urutan setakat mana saya dah dan akan travel bulan ni.
  • 1 -2 Ogos, Labuan. 
  • 4-5 Ogos, Sandakan. 
  • 6-7 Ogos, Miri.
  • 12-14 Ogos, Magandai (masuk hutan).
  • 20 - 21 Ogos, Labuan.
Ni setakat yang confirm la. Lepas tu sambung lagi....
  • 4-7 September, Labuan.


Saya pun memang minat juga berjalan-jalan ni. Escpecially kalau travel by road. HeHe... bukan apa. Kadang-kadang fobia juga kalau naik kapal terbang ni terutama masa awan tebal. Lepas tu bila dah terkena bumpy flight, sure jantung berdegup kencang. Tapi muka masih buat-buat cool. Cisss!! Cara terbaik... tidur sajalah. Nak buat macam mana lagi.

Actually kali ni nak ke Labuan bukan sebab urusan rasmi. Saja nak holiday sakan dengan my colleagues. Yalah. Duduk lama sangat dalam office pun tak best wooo.... stress jadinya. Jadi paling menarik kalau dapat menghidup udara segar. Lebih-lebih lagi udara laut, punya syok.

Jadi... erhmmm... actually risau juga yang perjalanan 4hb September ni. Sebenarnya 5hb September tu ada orentasi. Tapi rasanya tak dapat pergi kot sebab lawatan Tun jatuh pada tarikh 5-6 September. Dalam dilema sekarang ni. Nak pergi orentasi atau urus lawatan Tun?

Start dari bulan September ni agaknya tak dapat nak jalan selalu lagi T.T wooo... oleh kerana saya jenis yang tak suka duduk diam kat rumah (kecuali kalau mood malas / tengah main game / ada kucing tidur nyenyak)... mesti kaki ni rasa nak berjalan sahaja.

Same with Hafiz la. Masing-masing busy. Asyik selisih kalau outstation. Contohnya macam hari tu ke Sandakan... Hafiz baru balik dari Sandakan petang tu. Then petang tu juga, turn saya pula lagi ke Sandakan. Next trip to Sandakan ni pun sama kes juga nampaknya.

Dulu masa bertugas kat Sekolah Perubatan, jarang berjalan untuk tugas rasmi. Paling menang pun jalan ke area Kudat, Kinarut, Karambunai dan beberapa lagi tempat yang dekat. Saya asyik duduk dalam bilik buat kerja. Tambahan pula kalau kerja melibatkan melukis diagram, tentu-tentulah kena menghadap depan komputer. Tapi tu story pasal tugas rasmi la. Kalau tak rasmi lain cerita.

Eiiii... sekarang ni suka betul tidur lambat. Dah terbiasa, apa boleh buat. Cuma tadi saya ada try healing sound. Nak tengok berkesan atau tak kepada saya. Sebelum tu, apakah healing sound? Bunyi yang boleh nmenenangkan fikiran. Ya. Memang berkesan. Lama-kelamaan dengar bunyi burung berkicau tu buat saya rasa selesa dan akhirnya tertidur atas sofa. Dengan kucing sekali pun tidur juya.

Okaylah. Nanti sambung cerita. Zzzz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!