Selasa, 23 Ogos 2016

Hal Remeh Temeh

Bukan lagi kadang-kala tapi memang selalu annoying dengan certain orang yang suka cakap entah apa-apa pasal kita. Seperti bergosip, ambil tahu hal yang remeh temeh, lepas tu bagitau kat orang lain.

Contoh situasi ni. Si Polan tak suka dengan kita. Tapi Si Polan sanggup datang cari kawan yang kita kenal untuk korek rahsia la kononnya. Lepas tu terjumpa lagi dengan 'kawan' yang cakap pandai berbelit... sahlah info Si Polan dapat pasal kita ni tak betul. Oh ya. Kata tak suka, tapi kenapa sibuk nak tau pasal kita? Ini la antara situasi yang membuatkan saya jadi tak selesa. Contoh saja....

Malas nak fikir sangat sebenarnya. Tapi sekali - sekala baik express terus dalam blog ni. Mungkin ada orang lain juga yang sama nasib seperti saya? 

Satu lagi situasi yang membuatkan kita annoying. Bila orang berkata pasal kita dan keluarga kita. Padahal benda tu tak ada masalah dan bukan seperti yang digosipkan pun... Yang mendengar ni pun kenalah selidik juga. Bukan main hentam percaya sahaja. Kan?

Mana-mana pun dalam dunia ni, pasti akan ada orang yang tak suka kita. We called them 'haters' (atau lebih mesra dipanggil 'peminat'). Jadi apa yang harus dibuat? Shhooohhh jauh-jauh orang seperti.ini. Lantaklah dia nak datang ke office untuk korek rahsia pasal kita ke, atau nak jaja cerita kat orang lain ke... Nampak sangat orang sebegini ni desperate. Dah la tak suka kita, tapi beriya-iya nak tau life kita kan? Silap-silap ada haters yang selalu duduk stalk post kita. Oops!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!