Ahad, 7 Ogos 2016

From Labuan to Sandakan to Miri

Hi. Sekarang berada di Miri. Tengah tunggu nak boarding. Jadi... erhmmm... minggu ni actually satu hari sahaja yang betul-betul berada 24 jam di KK. Lain-lain semua berada di kawasan lain. Best dapat jalan ke sana ke mari. Mula-mula pergi Labuan, by road. Saya lagi suka travel by road sebenarnya. Boleh singgah menyinggah... sight seeing... Lagipun belanja lebih murah berbanding naik kapal terbang, terutama kalau ramai orang ikut. Nanti saya buat special post berkenaan kelebihan travel by road... tunggu next entry ya!
 
 
1 Ogos 2016, bertolak ke Labuan Ada tiga orang yang join sama termasuk driver. Naik feri dari Menumbok sahaja. Syukurlah ombak tak terlalu bergelora... kalau tak, boleh pening juga terutama kepada yang mabuk laut. Lagipun feri sekarang dah tak macam dulu lagi. Dulu 3 jam baru sampai Labuan... sekarang ni 1 jam 30 minit dah sampai dah. Reason pergi Labuan, urusan rasmi.

2 Ogos, balik semula ke Kota Kinabalu. 

4 Ogos 2016, bertolak ke Sandakan. Kali ni kami empat orang pula pergi. Tujuan, urusan rasmi. Kali ni lagi best sebab lalu Kundasang (sejuk dan nampak Gunung Kinabalu). Pas tu makan ikan + sotong panggang lagi. Masa nak balik KK tu hujan lebat. Syukur perjalanan berjalan lancar.
 
6 Ogos 2016, bertolak ke Miri. Total rombongan... empat orang termasuk saya. Kali ni bukan urusan rasmi la. Memang dah plan awal lagi nak ke Miri. Perjalanan naik kapal terbang. Sebelum ni tak pernah ke Miri lagi. Sekarang dah tau bagaiamana suasana Miri dan next time.pasti nak datang lagi. Nak ke Gua Niah pula. Nantikan next post berkenaan Miri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!