Jumaat, 26 Ogos 2016

Celebrate Our Day With Eat Eat Eat

Memandangkan gaji dah masuk, mulalah nak celebrate bagai. Dan yang paling penting, celebrate la sekali bersama rakan-rakan anda. Takkan makan sendiri-sendiri saja kot. 

Jadi hari ni belanja sakan la. Lepas tu esok esok dah tak ada duit baru padan muka, kan? Tak ada la. Apa salahnya pun nak berbelanja? Asalkan tak terlalu boros. Untuk mengurangkan tension kerja, dan terasa nak makan makanan Jepun juga, jadi apa lagi... terus la pergi ke Sushi King... tanpa buang masa. Masing-masing order makanan kegemaran dan saya memilih mix and match punya style. Set softshell crab + ikan panggang saba. Ditambah lagi dengan green tea panas, fuh! Memang best. 

Lepas makan, mesti ada kupi-kupi. Tapi saya tak minum kopi, jadi ditukar kepada hot choco. HeHeHe. Actually saya masih ada 3 free beverage yang tak kena redeem lagi. + one cup minuman bersaiz tall yang juga free kerana berjaya menjadi customer bertuah (baru redeem tadi). So... yeay! 


-
-
-
-
-
-
-
-
Makan malam jangan dilupakan. Lama dah tak masuk ke OldTown White Coffee. Ada satu hidangan yang menjadi kegemaran saya apabila berkunjung ke sini. Nasi ayam steam dengan mushroom + salted fish. Ikan masin kena MESTI ada, barulah sedap. Kerana menu OldTown dah ditambah baik dan ada minuman kacang soya, jadi itu adalah pilihan saya setakat ni.

Hari ni perut senak sikit sebab banyak sangat makan. Esok kena senaman la nampaknya ni bagi membuang lemak terkumpul. Kucing sebelah rumah yang selalu datang buat macam rumah sendiri tu pun dah gemuk semacam. Apa tidak... pagi makan ikan. Malam pun makan ikan juga. Belum lagi makanan yang ada di rumah dia sendiri? Dulu ingat lagi kucing tu bukan main kurus. Kesian tengok. Sekarang dah makin gemuk fan gebu. Bulu pun tebal semacam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!