Jumaat, 12 Ogos 2016

Beware of Fake Kylie Cosmetics!

Bila sesuatu barangan tu dah famos, mulalah ada orang-orang yang timbul idea tak bagus iaitu copycat the original. Maksud saya... apa lagi.... Menciplak produk orang lain la.

Tengahari tadi jalan-jalan di area 1Borneo dan rasa tak best apabila banyak barangan Kylie Cosmetics dijual di merata tempat.... dengan harga yang MURAH! 

Since di awal pelancaran Kylie Cosmetics, saya dah beberapa kali mengintai website sebab nak try beli tapi asyik SOLD OUT! Sekali tu dah berjaya masuk ke dalam cart dan bila nak buat payment... errrkkk... rupanya shipping tak sampai ke Malaysia. Cis! Jadi bagaimana tiba-tiba kosmetik ni boleh dijual dengan banyaknya? 

Rupanya-rupanya produk tiruan. Kotak dan isi lebih kurang sama tapi still nampak perbezaannya. Tentulah yang original lebih berkualiti. Nasihat di sini... please don't buy fake Kylie Cosmetics! Walaupun harganya jauh lebih murah, tapi tak tau apa kesan penggunaanya kepada kita. Apa bahan yang digunakan pun tak tau. Tak berniat nak tutup rezeki orang, tapi fake product bukanlah sesuatu yang kita patut beli. Lebih-lebih lagi bila ada yang jual produk tak original tapi boleh kata ori pula.... hrrrmm.... 

Terima kasih kepada blog Style Vanity, di sana saya memperolehi maklumat berguna berkenaan fake Kylie Cosmetics. Perbandingan antara produk asli dan tiruan juga boleh dilihat melalui Instagram makeupauthorityph. Di sini ada beberapa screenshot dan di sana anda boleh menilai kualiti authentic VS fake product.


Warna yang tak sama langsung. Teksturnya juga tak smooth berbanding yang asli.

Yang tak original tak ada keluarkan lip liner. Jadi saiz cover box pun berbeza.

Letter from Kylie. Yang tak original pun dapat letter juga cuma saiz kecil seperti business card. Yang original adalah bersaiz poskad. 

Kylie Cosmetics tidak dijual dengan harga yang murah. Satu lipgloss pun dah dijual dengan harga $29. Kalau tukar kepada duit Malaysia lebih kurang RM116+ (mengikut tukaran wang semasa). Kalau yang tak original pula dijual murah. Satu lipgloss dijual dengan harga lingkungan RM20-RM25 sahaja. 

Cerita selingan mengenai produk tiruan. Dulu saya pernah memiliki perfume Issey Miyake. Lepas tu ada sorang ni nampak botol perfume saya dan tiba-tiba kata perfume saya tak wangi. Rupa-rupanya dia dah hidu perfume Issey Miyake... tapi yang ciplak!! Then dia kata kononnya uncle dia ada jual perfume original tapi dengan harga murah. Sebotol tu baru dijual dalam harga RM80. Then dia pun tunjuk kat saya perfume Issey Miyake yang dia kata tak wangi tu. Terus saya tak puas hati dan bandingkan perfume saya dan dia. Confirm la tak wangi kalau tak original. Dah la bau berbeza, warna liquid pun berbeza. 

Long story short... lebih baik beli benda yang tak ada jenama terus berbanding yang tak original. Ia hanya merosakkan reputasi sesuatu jenama sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!