Rabu, 31 Ogos 2016

Bersihkan Kulat Dengan Mr. Muscle

Dah berus pun, kulat tak tanggal juga. Kadang-kadang fed-up jadinya. 

Inilah dilema yang saya hadapi sebelum ini ketika membersihkan kotoran di tandas.

Tapi ada satu cara paling mudah untuk membunuh kulat yang bermaharajalela, iaitu menggunakan Mr. Muscle Mold & Mildew foaming bleach. Caranya ringkas sahaja. Sembur di tempat yang mempunyai kulat. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Kemudian bersihkan kawasan yang disembur tersebut menggunakan air...

Jom tengok apa hasilnya:

SEBELUM. Kotoran yang degil

SELEPAS. Taaadaaa! Kulat telah dihapuskan

Mr. Muscle Mold & Mildew sangat membantu

Penyembur berkesan ini boleh diperolehi di mana-mana supermarket. Harga jualan sekitar RM12.90. 

Jadi tunggu apa lagi?

Ahad, 28 Ogos 2016

JJCM : Kung Fu La Mian China Muslim Food, Karamunsing - Teringat Makanan Sewaktu di Beijing

Nak rasa Chinese authentic food macam di negara China? Boleh cuba di Kung Fu La Mian China Muslim Food yang terletak di Karamunsing Shopping Complex, Kota Kinabalu. 

Setia makanan yang dihidangkan bersama nasi semuanya dijual dengan harga RM10, manakala dengan noodle pula berharga RM12 sahaja. Bila tengok menu... rasa nak pilih semua. Tapi lebih baik jangan ikutkan nafsu. HeHeHe...

Menu makanan yang menarik dan pelbagai

Oleh itu, kami memilih menu dumpling atau siew mai yang enak ini. Boleh request nak yang berkuah atau dry seperti imej di atas. Inti dumpling ini adalah cebisan daging yang lembut dan juicy. Sedap dimakan bersama sambal cili yang dihidangkan sekali. 

Selain itu, hidangan yang menjadi pilihan Hafiz kali ini pula ialah tomato telur. Rasanya ada sedikit pedas tapi masih enak dimakan. 

Pilihan saya pula adalah ramen daging bersama daun bawang. Apa yang unik mengenai makanan ini, setiap ramen yang dihidangkan adalah dibuat sendiri di kedai ini. Masakan ni? Must try!

Suasana restoran ni membuatkan saya teringat semasa berada di China dulu. ♡♡ Lain kali rasa nak datang lagi ke restoran ini.

Resepi Roti Kukus

Bahan-bahan:
  • Roti Gardenia (roti jenama lain pun boleh)
  • Inti kaya (boleh juga kalau nak letak inti lain seperti mentega atau jem)
  • Air untuk kukus roti

Cara-caranya:
  • Sapukan inti kaya di atas roti. 
  • Masukkan roti di dalam periuk kukus selama 5 minit.
  • Tunggu roti sehingga lembut dan gebu, kemudian siap untuk dimakan.


Resepi Ikan Salmon Panggang Simple

Bahan-bahan:
  • 1 potong ikan salmon
  • Secubit garam
  • Limau purut / lemon (kalau tak ada boleh guna limau kasturi)
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Secubit serbuk Oregano
  • 2 ulas bawang putih (optional)
  • 1 sudu makan sos ikan (optional)
  • Minyak zaitun untuk memanggang (kalau guna minyak biasa pun boleh)

Cara-caranya:
  • Perap ikan salmon bersama garam, perahan jus limau / lemon, serbuk lada hitam, oregano, bawang putih dan sos ikan.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Panaskan kuali pemanggang. Curahkan sedikit minyak zaitun.
  • Panggang ikan salmon selama 10 minit.
  • Apabila ikan kelihatan keperangan dan naik bau, tutupkan api dan sedia dihidangkan.
  • Taburkan serbuk lada hitam di atas ikan. 
  • Perahkan jus lemon/limau untuk rasa yang lebih sedap.

Sabtu, 27 Ogos 2016

Tema Hari ini - Hari Sihat

Lama dah rasanya tak bersenam di hujung minggu gara-gara terlalu sibuk. Minggu ni keadaan okay sikit. Dan bermula la kembali 'hari sihat' yang dah beberapa minggu tak digerakkan nih. 

Lepas bangun pagi... kena buat kerja rumah dulu. Mop lantai, susun atur perabot, siram pokok bunga dan bla bla bla. Secara tak langsung peluh dah keluar sikit la. After semua kerja dah siap, barulah boleh bersenam. Jeng jeng jeng!

Buat senaman ringan selama sejam, okay la tu. Pasangkan lagu yang best agar tak bosan. Saya rasa badan erus rasa ringan selepas bersenam. Tema hari ini - Hari Sihat.

Lepas bersenam, bancuhlah secawan dua BOH Sencha Green Tea panas. Bukan sahaja boleh membuang toksik dari badan, malah menghilangkan dahaga dan membuatkan tubuh lebih segar. ♡

Sebenarnya seuncang teh boleh digunakan banyak kali. Jadi saya bukan hanya minum secawan BOH Sencha Green Tea, ntah berapa kali dah buat. Walaubagaimanapun, setiap kali refill, rasanya akan menjadi lebih sedap.

Waktu petang, jam 0530PM. Mula power walking dengan Hafiz. Sebelum tu, jalan raya jem. Orang nak balik kampung atau shopping kot. Maklumlah dah gaji. Apa-apapun, kami bersedia untuk mengeluarkan peluh. :-)

Hari ni cuaca sangat cantik. Langit biru dan awan kelihatan menarik. Matahari tak begitu terik, sederhana cerah. Angin bertiup lembut. Seronok bersenam petang ni. Ada juga orang lain buat aktiviti yang sama. 

Bermula dari Dewan Canselor sehingga ke jeti... dianggarkan sejauh 2KM. Sebelum balik, sempat tengok matahari terbenam. Bunyi ombak dan bau laut amat menenangkan. Tak ingat dah hal-hal kerja semua tu. Luas pemandangan. Cantik tak terkata. 


Malam ni sebagai penutup tema Hari Sihat, saya masak menu special. Sup sayur sawi dan ikan salmon panggang. Tak banyak bahan digunakan. Sedap dimakan ketika panas. 

Saya akan kongsikan resepi grill salmon pada page berikutnya. :-) 

Okay!

☆☆☆☆☆

Cubic Stool only at HomeMart Furniture 2 ,1Borneo

Limited edition!

Kepada yang meminati cubic stool yang simple, selesa dan comel seperti ini... anda boleh dapatkannnya di HomeMart Furniture 2, 1Borneo. Kedai perabot ini terletak di tingkat 1, berdekatan eskelator shopping mall. 

Limited edition tau! Dan yang paling best, anda boleh dapatkan stool ini dengan harga yang paling paling paling murah iaitu RM15 sahaja. Mana nak cari stool begini cantik dengan harga sedemikian. 

Saya suka ke HomeMart Furniture kerana selalu ada jual perabot dengan harga murah. Contohnya kabinet kecil tiga tingkat boleh dibeli dengan harga RM19 sahaja, berbanding di kedai perabot lain yang menjual dengan harga RM38.

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai kedai perabot yang super best ini, anda boleh mengunjungi HomeMart Furniture di 1Borneo. Jom datang beramai-ramai!



Jumaat, 26 Ogos 2016

Celebrate Our Day With Eat Eat Eat

Memandangkan gaji dah masuk, mulalah nak celebrate bagai. Dan yang paling penting, celebrate la sekali bersama rakan-rakan anda. Takkan makan sendiri-sendiri saja kot. 

Jadi hari ni belanja sakan la. Lepas tu esok esok dah tak ada duit baru padan muka, kan? Tak ada la. Apa salahnya pun nak berbelanja? Asalkan tak terlalu boros. Untuk mengurangkan tension kerja, dan terasa nak makan makanan Jepun juga, jadi apa lagi... terus la pergi ke Sushi King... tanpa buang masa. Masing-masing order makanan kegemaran dan saya memilih mix and match punya style. Set softshell crab + ikan panggang saba. Ditambah lagi dengan green tea panas, fuh! Memang best. 

Lepas makan, mesti ada kupi-kupi. Tapi saya tak minum kopi, jadi ditukar kepada hot choco. HeHeHe. Actually saya masih ada 3 free beverage yang tak kena redeem lagi. + one cup minuman bersaiz tall yang juga free kerana berjaya menjadi customer bertuah (baru redeem tadi). So... yeay! 


-
-
-
-
-
-
-
-
Makan malam jangan dilupakan. Lama dah tak masuk ke OldTown White Coffee. Ada satu hidangan yang menjadi kegemaran saya apabila berkunjung ke sini. Nasi ayam steam dengan mushroom + salted fish. Ikan masin kena MESTI ada, barulah sedap. Kerana menu OldTown dah ditambah baik dan ada minuman kacang soya, jadi itu adalah pilihan saya setakat ni.

Hari ni perut senak sikit sebab banyak sangat makan. Esok kena senaman la nampaknya ni bagi membuang lemak terkumpul. Kucing sebelah rumah yang selalu datang buat macam rumah sendiri tu pun dah gemuk semacam. Apa tidak... pagi makan ikan. Malam pun makan ikan juga. Belum lagi makanan yang ada di rumah dia sendiri? Dulu ingat lagi kucing tu bukan main kurus. Kesian tengok. Sekarang dah makin gemuk fan gebu. Bulu pun tebal semacam. 


Rabu, 24 Ogos 2016

Farewell Party Syahrul

Goodluck di tempat baharu nanti Syahrul!

Saya dah kenal dengan Syahrul sejak lima tahun lalu semasa di dalam UMS. Tak sangka begitu cepat masa berlalu dan sekarang dia dah nak melanjutkan pelajaran di luar negara. Kalau dulu kami ada tiga orang.... saya, Herman dan Syahrul. Sekarang dah kurang sorang dah. 

Kami sama-sama kerja di UMS, duduk di office yang sama, gred perkhidmatan pun sama. Lepas ni dah tak sama dah. HuHu... Sedih jugalah sebab kawan sepejabat dah nak ucapkan selamat tinggal. Tapi tak apa. Lepas beberapa tahun pasti akan berjumpa kembali. 

Apa-apapun, tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Semoga berjaya!

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆



Mereka adalah rakan sekerja saya. 
Syahrul & Herman.

Selasa, 23 Ogos 2016

Hal Remeh Temeh

Bukan lagi kadang-kala tapi memang selalu annoying dengan certain orang yang suka cakap entah apa-apa pasal kita. Seperti bergosip, ambil tahu hal yang remeh temeh, lepas tu bagitau kat orang lain.

Contoh situasi ni. Si Polan tak suka dengan kita. Tapi Si Polan sanggup datang cari kawan yang kita kenal untuk korek rahsia la kononnya. Lepas tu terjumpa lagi dengan 'kawan' yang cakap pandai berbelit... sahlah info Si Polan dapat pasal kita ni tak betul. Oh ya. Kata tak suka, tapi kenapa sibuk nak tau pasal kita? Ini la antara situasi yang membuatkan saya jadi tak selesa. Contoh saja....

Malas nak fikir sangat sebenarnya. Tapi sekali - sekala baik express terus dalam blog ni. Mungkin ada orang lain juga yang sama nasib seperti saya? 

Satu lagi situasi yang membuatkan kita annoying. Bila orang berkata pasal kita dan keluarga kita. Padahal benda tu tak ada masalah dan bukan seperti yang digosipkan pun... Yang mendengar ni pun kenalah selidik juga. Bukan main hentam percaya sahaja. Kan?

Mana-mana pun dalam dunia ni, pasti akan ada orang yang tak suka kita. We called them 'haters' (atau lebih mesra dipanggil 'peminat'). Jadi apa yang harus dibuat? Shhooohhh jauh-jauh orang seperti.ini. Lantaklah dia nak datang ke office untuk korek rahsia pasal kita ke, atau nak jaja cerita kat orang lain ke... Nampak sangat orang sebegini ni desperate. Dah la tak suka kita, tapi beriya-iya nak tau life kita kan? Silap-silap ada haters yang selalu duduk stalk post kita. Oops!

Isnin, 22 Ogos 2016

Trip to Labuan August 2016 - Part 2

Sambung cerita Part 2.

Memandangkan ini adalah percutian singkat, jadi semua lawatan pun jadi singkat juga. HaHaHa! Tak apa... lain kali boleh melawat lagi. 

Awal pagi dah berjalan ke tamu. Apa yang best mengenai tamu di Labuan, banyak jual makanan dan kuih muih tradisional. Kuih dibungkus comel-comel dan dijual dengan harga serendah RM1. Selain itu, tamu di Labuan juga ada menjual sayur-sayuran, jeruk, pakaian dan tanaman. Wajib berkunjung ke sana pada hari Ahad. Tempat tamu dibuka adalah di sekitar Muzium Labuan atau Perpustakaan Labuan. Kalau nak cari sarapan pagi, boleh la ke Tamu Labuan.

Si kucing gemuk yang saya jumpa tengah relax atas meja kaunter di kedai runcit di Lubuk Temiang. Pemalas betul kucing ni + berat.





Selepas check-out hotel, tanpa membuang masa, kami terus ke Muzium Marin di Kompleks Sukan Laut Labuan yang terletak tak jauh dari Mawilla Seafood Restaurant. Boleh tengok ikan di dalam akuarium yang sure cantik di sana. Masuk adalah percuma :-)


Lepas tu terus ke War Memorial Labuan. Tempat ni sangat cantik dan bersih. Setiap tahun rakyat Australia akan ke sini sebagai memperingati ahli keluarga yang telah terkorban di dalam perang. Ada tatacara ketika memasuki tempat ini seperti dilarang membuat bising, bermain dan lain-lain perkara negatif, okay?



Lawatan seterusnya mestilah ke UMS Kampus Antarabangsa Labuan. Melawat sekejap sahaja untuk tengok keadaan di sini.  ^^ Damai rasana berads di tepi laut. Sempat tengok tanaman yang ditanam oleh Pegawai-Pegawai Utama dan tetamu VVIP UMS.






Tempat terakhir yang dikunjungi sebelum meninggalkan Labuan adalah Peace Park ataupun Taman Damai. Taman ini terletak tak jauh dari UMSKAL. Pemandangan di taman ini begitu aman. Di hadapan taman ini pula adalah pantai yanh begitu indah. Sesuai untuk keluarga atau teman-teman yang ingin berkelah. 

Peace is the best!


Apa-apapun, trip ke Labuan kali ini sangat seronok... rakan-rakan pun supporting habis. Next time ingat nak buat lagi trip macam ni. Walaupun sekejap, tapi amat berbaloi. Dengan bajet yang murah, makanan yang enak dan aktiviti menghiburkan... this is the best trip ever!

Ahad, 21 Ogos 2016

Trip to Labuan August 2016 - Part 1

Seperti yang dijanjikan di page yang lalu... nak share cerita short trip kami ke Labuan.

Kali ni memang best. Tiga kereta konvoi menuju ke Labuan. Seperti biasa. Percutian bajet dan stay one night sahaja. Total person including my mum... ada 10 orang. Sebenarnya tujuan utama kami ke Labuan ni sebab nak menunaikan hasrat yang dah lama disimpan aitu mengetuk tiram. Plan ni dah lama kami buat tapi susah nak bagi jadi. Maklumlah... hujung minggu ada yang kerja luar pejabat la, kenduri kahwin la... macam-macam alasan. 

Akhirnya tertunai juga hasrat ni pada 20-21 Ogos 2016, yang pada asalnya menjadi tarikh keramat kami untuk ke Bali.... waaaaa! T.T Tak dapat ke Bali, ke Labuan pun jadilah. Hehehehe....



Sekarang operasi feri dah kena extend. Feri malam pun ada... dan boleh pilih nak naik feri apa. Jadi kami pilih feri Wawasan Perdana sebab masa tak terlalu awal dan lewat (berlepas jam 1030AM) dari Menumbok).

Feri ni dulu pernah terbakar dan menyebabkan ruang penumpang dah tak ada aircond. Kalau nak rasa angin yang sepoi bahasa, pergi ke bahagian luar feri. Lepas tu cari port sesuai dan apa lagi... layannn.... . .  .

Me and BFF. WaWaWa!

Petang tu lepas check-in, kami meneruskan perjalanan ke kampung saya iaitu di Tanjung Kubong! Rindunya dengan tempat ni. Sebelum ke pantai, kami sempat singgah melawat chimney. Dulu masa kecil selalu main kat tepi chimney ni. Rumah arwah Datuk betul-betul dibina sebelah chimney sebelum tanah ini diambil alih pihak kerajaan. 

Apa boleh buat....

Sampai sahaja kampung dah cukup excited nak ke pantai. So masing-masing guna sunblock la, pakai topi yang baru dibeli la etc. Saya pun punyalah excited nak pergi pantai. Lama dah rasanya tak melawat pantai Tanjung Kubong yang terletak hanya 10 minit dari rumah.





Syukur masa kami sampai, keadaan air surut (jangan lupa tengok kalender pasang surut). Apa lagi... meniram terus la. Balik nanti nak buat umai. Kawan-kawan pun dah dapat experience baru dengan mengetuk tiram ^^

Apa yanh best mengenai pantai Tanjung Kubong, pantai ni cantik. Lebih-lebih lagi ketika air surut. Walau bagaimanapun, bila ke tempat begini kena ada tatacaranya kan? Tak boleh nak buang air sembarang, buang sampah merata-rata mahupun buat perkara tak senonoh. 




Malam tu lepas balik dari meniram, terus BBQ. Menu adalah ikan, ayam, jagung, sosej dan remis panggang. Plus ulam-ulaman, umai tiram... special menu from my aunty - ayam kari, sayur labu putih dan sayur tarap muda masak lemak.... fuhh!! Semua asyik tambah dua tiga kali.

Happy tummy terusss. Balik hotel... tengok DLCW lawan badminton untuk Olimpic, then tidur sebab penat sesangat.
Pengguna Android, jangan lupa download application Snow! Pasti tergelak tengok muka lucu sendiri.
-
-
-
-
-
-
-
Lepak with my BFF di luar feri >.<