Selasa, 19 Julai 2016

Too Much Lobsters & Durian

Cerita kelmarin (18 Julai 2016)

Dah kena jemput datang, apa lagi... tak baik tak pergi. Berabis makan lobster, tak tau berapa banyak saya bantai. Rasanya lebih enam ekor kot (kolesterol weh). Memang lobster tu banyak gila-gila. Dalam 50 ekor sampai kot. Freshly masak, makan dan kenyang. Lepas tu dah tak nak makan malam dah.

Actually kelmarin pergi Keningau. Rupa-rupanya kena suruh makan durian. Durian tu punyalah banyak! Entah berapa bakul. Tu baru 1/10 dari jumlah yang ada. Belum lagi masuk dusun.... beribu-ribu durian tengah kena tunggu untuk dikutip.

Ramai yang suka makan durian. Tapi kalau bagi saya makan... memang biasanya saya menolak. Bukan juga alahan tapi memang tak berapa minat sangat. Kelmarin dah tak dapat tolak dah. Kena suruh makan. Bermacam jenis durian ada. Ada yang isinya lunak, ada isi putih dan tak berapa manis, ada yang kuning keemasan dan macam-macam lagi. 

Apa-apapun, lobster la yang paling best. Dah makan durian, makan lobster pula. Lepas tu kena hidang daging lembu + sup kerang putih lagi. Memang heaven. Tak rugi datang jauh dari KK ke Keningau. Semata-mata nak menikmati makanan. 

Lobster yang tak dimasak lagi. Ini baru sikit. Dalam plastik ada banyak lagi

Masak beberapa minit, then dah boleh angkat. 

Look at this delicious

Makan dengan kicap + cili pun sedap

Macam mana nak habiskan durian ni? Saya makan seulas sahaja untuk setiap jenis durian. Rasanya lebih enam jenis yang ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!