Sabtu, 9 Julai 2016

Subway (Veggie Delite), I Like

Antara sandwich yang paling saya suka adalah Subway. Dan antara menu Subway yang menjadi kegilaan saya pula adalah Veggie Delite. Ya... ada yang tak minat sangat dengan sayur. Tapi Veggie Delite tak akan mengecewakan anda. Rasanya yang segar (sedap makan kalau ada kerangupan), tak terlalu heavy dan enak amat sesuai untuk dijadikan untuk breakfast, brunch atau dinner. Oh ya! Jangan lupa sos Sweet Onion + Chilli. Ada banyak lagi pilihan topping yang anda boleh pilih seperti tomato, olive, pickles dan pelbagai lagi mengikut citarasa anda. Kalau tak nak jadi vegetarian pun tak apa, kerana Subway sememangnya akan served untuk semua orang. Ada chicken slice, tuna dan pelbagai lagi. Anda juga boleh pilih jenis roti dan pilihan saya ialah Oregano. 

Harga bagi half roti Veggie Delite (6 inci) RM7.30, manakala untuk 12 inci pula hanya RM12 sahaja. Nak set combo sekali ngan air pun boleh. Cuma add on beberapa ringgit sahaja.

Rasa makanan yang dihidangkan di Subway tak akan berubah tak kira di dalam atau luar negara. Kualiti kebersihan juga amat dijaga. Sayangnya Subway tak ada kat Sabah lagi. Sedih!! Saya memang tunggu kalau dah ada cawangan buka kat KK, confirm akan serbu punya la.

P/S - Boleh try buat sandwich ala Subway sendiri kat rumah.

Source

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!