Khamis, 14 Julai 2016

Sound Effect Relax boleh Merehatkan Minda

Bunyi yang aman seperti bunyi cengkerik, bunyi hujan turun, bunyi angin atau bunyi ombak dapat menenangkan fikiran kita. Bukan sahaja dada terasa lebih lapang, malah dapat melupakan segala permasalahan yang dihadapi buat seketika.

Bunyi-bunyi ini akan membuatkan kita terbayang kita berada di kawasan itu. Contohnya apabila kita mendengar bunyi ombak di tepi pantai, terus kita rasa macam kita berada di kawasan tu... dengan pantai yang biru, angin yang sepoi bahasa... alangkah seronoknya.

Jika anda terasa susah hendak tidur, cubalah pasangkan bunyi effect seperti hujan yang turun di kawasan hutan atau bunyi cengkerik dan katak. Ramai feedback positif dari orang yang mencubanya. Sound effect seperti ini boleh dicari di dalam Youtube. Length video adalah kebanyakannya 8 - 10 jam. Cukup untuk kita dibuai mimpi.

Saya telah cuba buat kepada Hafiz. Maklumlah sekarang cuaca tak menentu. Di malam hari pula terasa panas. Jadi Hafiz susah nak tidur. Jadi saya mainkan sound effect cengkerik di dalam hutan. Secara tak langsung otak akan membuatkan kita terbayang berada dalam hutan yang sejuk, diterangi cahaya bulan dan dikelilingi embun. Dalam 5 minit dah tidur dah.

Kalau ada headphone lagi best sebab sound akan lebih clear.

Di dalam pejabat juga saya mainkan sound effect yang sama... seperti bunyi hujan turun atau di tepi pantai. Masa buat kerja terasa senang sahaja. Seronok dengar dan takkan rasa boring. 

Satu lagi kaedah alternatif untuk mendengar bunyi-bunyi relax seperti ini... anda boleh meletakkan mini fountain atau water purifier di dalam rumah. Bunyi air yang jatuh sangat meyenangkan. Sebenarnya bunyi air (dari filter) dalam akuarium ikan pun boleh jadi juga asal sama macam bunyi mini fountain.

Jika tiada semua itu, pasangkan smartphone anda sahaja. Satu lagi cara lain adalah menggunakan portable speaker yang boleh masuk pendrive. Jadi... download bunyi-bunyian ini dan mainkan di dalam portable speaker anda. Bayangkan ada bunyi hujan di dalam rumah anda. Alangkah bestnya.
Selamat mencuba!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!