Ahad, 24 Julai 2016

Siput Ramshorn Saya

Taaadaa! Saya ada pelihara siput Ramshorn merah. Sekarang ni dah ada lebih 10 ekor, tapi sebenarnya banyak berkurang berbanding dulu. Sejak insiden siput 'tiba-tiba' mati akibat kehilangan alga, jadi banyaklah berkurang siput saya ni. Mula-mula sekali siput ini hanya ada dua ekor, lama kelamaan membiak.

Biasanya siput ni dianggap perosak dan asal saja wujud kat dalam akuarium (datang dari batu akuarium), mesti kena bunuh punya sebab mereka ni cepat membiak. Tapi lain pula dengan penggemar siput. Tentulah siput-siput ini akan dijaga dengan baik.

Kenapa saya pelihara siput Ramshorn?
  • Asalnya siput ni adalah untuk makanan ikan buntal air tawar saya (ikan tu hadiah dari orang). Memandangkan ikan tu tak nak makan dan tak sesuai dengan saiz akuarium saya yang kecil, maka saya lepaskan ikan-ikan tersebut. Yang tinggal hanyalah siput ini. 
  • Senang nak jaga. Makanan pun tak memilih sangat.
  • Warnanya cantik. Anak-anak siput ni juga comel.
  • Tak ramai orang mempunyai hobi pelihara siput.
  • Tak perlu risau kalau mati sebab pasti akan membiak lagi.
  • Sebenarnya suka dengan bunyi air mengalir dalam akuarium. Lagi best kalau ada benda hidup di dalamnya.
  • Ada teman kat rumah >.<

Siput Ramshorn ni terdiri dari pelbagai warna dan saiz. Selain merah, ada juga yang berwarna biru, berbelang dan leopard. Teringin nak cari lagi siput ramshorn tapi sebenarnya susah nak jumpa kedai akuarium yang menjual siput ini. Oh ya. Kepada yang tinggal di Kota Kinabalu... kalau nak beli siput Ramshorn, anda boleh ke kedai akuarium di Kolombong dekat klinik SAMC dan tempat futsal. Di sanalah saya beli siput ni. RM2 untuk seekor. Dua ekor dah cukup kerana ia akan cepat membiak.

Cara nak bagi makan siput Ramshorn ni senang sahaja. Selalunya saya akan bagi makan flakes ikan atau udang. Tapi flakes udang cepat mengeruhkan air, oleh itu saya lebih menyukai flakes ikan. Tak perlu risau keadaan flakes yang terapung kerana siput Ramshorn akan naik ke atas untuk makan. Sekali sekala boleh juga bagi makan makanan lain seperti isi ikan atau hirisan timun. Siput anda pasti akan menyukainya. Jangan bagi makan terlalu banyak kerana siput Ramshorn cepat membiak. Saya hanya beri makanan sekali sehari kepada siput saya ( dalam 5 biji flakes di waktu pagi).

Siput Ramshorn amat menggemari alga atau rumpai. Ia sebenarnya membantu mereka untuk terus hidup dan berada dalam keadaan sihat. Selain itu, pastikan air sentiasa bersih dan jika keruh, tukarlah dengan segera. Jika tidak, dikhuatiri siput akan dijangkiti penyakit. Tanda siput tidak berada dalam keadaan sihat termasuklah cangkerang bertukar warna pucat dan menggerutu. 

Saiz dewasa siput Ramshorn merah boleh mencapai saiz duit syiling 20 sen. Manakala anak siput Ramshorn yang baru menetas adalah sangat halus. Susah nak nampak. Siput ni juga pandai mengapungkan diri mereka di atas air. Jangan risau... mereka takkan keluar dari akuarium kerana siput Ramshorn tidak boleh hidup di darat.

Cara tukar air akuarium juga boleh dilakukan dengan mudah. Untuk membuang kotoran, sedut air kotor keluar melalui pam. (Tak perlu keluarkan siput satu persatu). Kemudian masukkan kembali air baharu dan ulang proses mengepam air keluar sehingga air nampak bersih. Lepas tu, masukkan lagi air paip dan anti klorin mengikut saiz akuarium. Dah selesai! Supaya air tak cepat keruh, letakkan filter akuarium. 

P/S - Dua orang rakan sekerja saya juga dah minta anak siput Ramshorn untuk dibiakkan dalam akuarium mereka. ^^♡. 

Siput Ramshorn saya amat menyukai rumpai ini

Close up

Lagi siput Ramshorn

Sedang menikmati timun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih!